• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hadiah percuma bernilai RM299 untuk tempahan awal OPPO F7

  • OLEH Najib
  • 12:50 pm
  • 13/04/2018
  • Komen
Hadiah percuma bernilai RM299 untuk tempahan awal OPPO F7
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Malaysia kini mengesahkan, telefon pintar terbaru mereka OPPO F7 akan dilancarkan di Malaysia pada 19 April 2018. Majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran dua duta OPPO F7, iaitu Neelofa serta Hebe, artis popular dari Taiwan.

OPPO juga mengumumkan pembukaan pra tempahan OPPO F7, yang akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM299.



Pra tempahan OPPO F7 akan dibuat bermula dari 16 April sehingga 20 April 2018. Tempahan ini boleh dibuat di mana-mana Stor Konsep dan pengedar sah OPPO, serta dalam talian menerusi Stor e-dagang OPPO Malaysia. Tempahan ini perlu disertakan dengan deposit RM100, dan bakinya dibayar semasa mendapatkan telefon kemudian.

Untuk hadiah percuma tempahan awal ini pula, ia berupa fon kepala Bluetooth, casing dan cincin pemegang telefon. Hadiah ini bernilai RM299 dan akan datang dalam bentuk kotak hadiah.



OPPO F7 adalah telefon pintar pakar selfie yang terbaru dari OPPO. Ia memiliki kamera swafoto 25MP berkuasa AI, serta kamera belakang 16MP. Skrin hadapannya bertakuk di dahi seperti iPhone X, tetapi masih memiliki pengimbas capjari di belakang.

OPPO F7 dikuasakan cip Mediatek P60. Masih belum diketahui versi mana yang akan dilancarkan di Malaysia, tetapi ia memiliki samada 4GB RAM bersama 64GB storan, atau 6GB RAM dan 128GB storan.

Telefon ini memiliki bateri sebesar 3,400mAh tetapi tidak kelihatan pengecasan pantas VOOC bersamanya. Untuk sistem oeprasi, ia menjalankan ColorOS 5.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

Jangan terlepas untuk membuat tempahan OPPO F7 bermula Isnin depan jika anda sangat meminati OPPO F7 ini. Harga jualannya masih belum diketahui, tetapi ia mungkin sama dengan OPPO F5 ketika dilancarkan dahulu, iaitu RM1,298.

Nantikan juga laporan kami di majlis pelancaran OPPO F7 pada 19 April kelak.

Tags: oppoOPPO F7OPPO F7 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Hadiah percuma bernilai RM299 untuk tempahan awal OPPO F7

Hadiah percuma bernilai RM299 untuk tempahan awal OPPO F7

13 April 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN