OPPO F5 Guna Jurusolek Pro Untuk Cantikkan Selfie Anda

Telefon pakar selfie terbaru daripada OPPO iaitu OPPO F5 dilancarkan di Malaysia sambil dimeriahkan Yoga Lin dari Taiwan bersama-sama artis tempatan iaitu Fattah Amin, dan Ayda Jebat.  OPPO mempertaruhkan kepercayaan pada telefon ini untuk memulakan penembusan pengeluar telefon itu masuk ke telefon yang memiliki paparan 18:9. OPPO F5 memiliki paparan HD Penuh beresolusi 2160×1080 sebesar 6″.

Ditujukan pada pengguna yang aktif berselfie, kamera depan OPPO F5 gah menangkap gambar menggunakan sensor 20MP-nya. Ia dikuaskan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan khas untuk mencantikkan subjek. Ia menjadikan menyuntik serum fotogenik pada sesiapa saja yang menggunakannya.

Setiap subjek akan dioptimumkan pada segenap pelosok daripada kontur muka hinggalah ke tona kulit. 

Selain digunakan untuk berselfie, kamera sekuasa itu turut digunakan oleh OPPO sebagai alat kesalamatan biometrik. Ia mampu mengimbas wajah pengguna untuk membuka telefon lebih-lebih lagi jika cap jari gagal digunakan akibat basah atau kotor.

Kamera belakang tidak kurang hebatnya. OPPO menghidangkan kamera bersensor 16MP F1.8 pada penggunannya.

Untuk spesifikasi teknikal, pengguna akan menikmati sebuah telefon yang diperkasa cip MediaTek Helio P23 (MT6737T). Terdapat dua varian OPPO F5 disediakan iaitu kombinasi RAM 3GB dan storan 32GB ataupun RAM 6GB dan storan 64GB.

Tenaga untuk menjalankan segala komponen elektronik telefon ini diperoleh dari sekeping bateri berkapasiti 3,200mAh.

OPPO F5 akan dijual pada harga RM1,298. Anda boleh mendapatkan telefon ini melalui tempahan awal yang berlangsung daripada 2 November 2017 hinggalan 10 November 2017 untuk beroleh hadiah bernilai RM499. Anda boleh membuat tempahan melalui:

Tempahan awal akan mendapat set OPPO F5 mereka pada 11 November 2017.

BACA  Mi MIX 3 selesaikan masalah takuk dengan mudah