• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:18 pm
  • 12/11/2026
  • Komen
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999
Share on FacebookShare on Twitter

Bila sebut jenama Acer, pasti ramai yang terus terbayangkan laptop dan monitor. Kini, Acer Malaysia memperluaskan lagi penawaran mereka untuk segmen perniagaan dengan memperkenalkan POSWARE, barisan perkakasan titik jualan (POS ) yang direka khas untuk peniaga tempatan.

Disasarkan untuk sektor peruncitan, pemborongan, serta makanan dan minuman (F&B), sistem baharu ini bertujuan untuk melancarkan operasi harian kedai, daripada urusan pembayaran di kaunter hinggalah pengurusan pesanan di dapur.



Terdapat dua produk di bawah penawaran ini, iaitu POSWARE Smart Order F1 untuk operasi kaunter pembayaran dan POSWARE KDS bagi membantu mengurus pesanan di dapur. Kedua-duanya kini dibuka untuk pratempahan.

Harga dan ketersediaan

Bagi peniaga yang berminat, kedua-dua perkakasan ini sudah mula dibuka untuk pratempahan di Malaysia.



POSWARE Smart Order F1 bermula RM6,999, manakala POSWARE KDS bermula RM4,999. Setiap produk ditawarkan dalam tiga varian cip, dengan RAM DDR4 8GB dan SSD NVMe 256GB pada harga seperti berikut:

POSWARE Smart Order F1

  • Intel N95: RM6,999
  • Intel Core i3-1215U: RM8,299
  • Intel Core i3-1235U: RM9,499

POSWARE KDS

  • Intel N95: RM4,999
  • Intel Core i3-1215U: RM6,499
  • Intel Core i5-1235U: RM7,199

Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pembelian, anda boleh melayari laman Facebook rasmi @AcerMalaysia, hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-1288, atau e-mel terus kepada mereka di [email protected].

POSWARE Smart Order F1 untuk urusan kaunter pembayaran

POSWARE Smart Order F1 ialah sistem serba lengkap untuk kaunter. Ia menggabungkan pengimbas kod bar, pencetak resit haba dan tetapan dwi skrin dalam satu peranti. Menurut Acer, reka bentuk ini membantu perniagaan memudahkan proses pembayaran, sambil memberi ketelusan transaksi yang lebih baik kepada pelanggan.

Skrin utama untuk pekerja berukuran 15.6 inci dengan panel LED beresolusi 1920 x 1080 dalam nisbah 16:9. Ia menggunakan panel sentuh PCAP yang menyokong 10 titik sentuhan. Skrin kedua menghadap pelanggan secara menegak, ditawarkan dalam dua pilihan skrin beresolusi 1920 x 1080, sama ada dengan panel LED 15.6″ dan kecerahan 300 nits, atau 18.5″ dengan kecerahan 350 nits.

Dari segi prestasi, pemprosesnya boleh dipilih sehingga Intel Core i5-1235U. Ia menjalankan Windows 11 IoT, dengan RAM DDR4 8GB dan storan SSD NVMe 256GB. Peranti ini disertakan waranti 13 bulan.

Menurut Acer, peranti ini beroperasi dengan senyap dan sesuai untuk pelbagai persekitaran, daripada kaunter peruncit kecil dan kafe hingga pasar raya dan perniagaan yang lebih besar. Pemasangannya mudah, dan konfigurasinya boleh disesuaikan supaya peniaga boleh menyediakan sistem kaunter baharu atau mengembangkan infrastruktur POS sedia ada apabila perniagaan berkembang.

POSWARE KDS pantau pesanan di dapur

Bagi bahagian pengurusan dapur pula, Acer memperkenalkan POSWARE KDS atau Kitchen Display System. Ia merupakan sistem paparan yang direka khusus untuk membantu pekerja dapur melihat dan mengurus pesanan yang diterima. Ia menggunakan skrin sesentuh Full HD bersaiz 18.5″ dengan sokongan sentuhan 10 titik dan kerangka aluminium yang tahan lasak.

Paparan ini membantu pekerja dapur melihat pesanan yang masuk, mengatur barisan penyediaan dan memantau proses pesanan. Ia perlu digunakan bersama perisian pengurusan dapur yang sesuai. POSWARE KDS turut ditawarkan dengan tiga pilihan cip sehingga Intel Core i5-1235U, menjalankan Windows 10 atau 11, dan dilengkapi port Ethernet serta pilihan WiFi.

Disokong perkhidmatan selepas jualan Acer

Satu perkara yang sering merisaukan peniaga apabila menggunakan sistem POS baharu adalah ketersediaan bantuan teknikal jika berlaku sebarang masalah.

Bagi memberikan ketenangan minda, Acer POSWARE turut disokong oleh rangkaian perkhidmatan jualan dan selepas jualan Acer di seluruh Malaysia. Sokongan ini bertujuan memberikan kemudahan kepada peniaga sekiranya memerlukan bantuan berkaitan produk, selain membantu mengurangkan gangguan yang boleh menjejaskan operasi perniagaan.

Tags: AcerAcer MalaysiaAcer POSWAREAcer POSWARE KDSAcer POSWARE Order F1POSWARE
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN