• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:09 pm
  • 11/11/2026
  • Komen
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia kini mengumumkan model terbaharu model terbaharu dalam siri V, iaitu Vivo V80 bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia. Menurut Vivo, ia membawakan tema “Shine as We Are”, yang menekankan reka bentuk fizikal dan sistem pengimejan hasil kerjasama bersama ZEISS.

Model ini sudah dilancarkan di India, menampilkan tiga kamera 50MP yang ditala ZEISS, bateri 7,200mAh dan skrin OLED 6.59″ 144Hz. Sekiranya dilancarkan kelak, ia akan menjadi model kedua dalam siri selepas Vivo V80 Lite yang dilancarkan September lalu.



Bagi menarik pengguna muda atau Gen Z, Vivo turut melantik tiga ahli kumpulan K-pop ENHYPEN, iaitu JUNGWON, JAKE dan SUNGHOON sebagai duta rasmi vivo Friends di beberapa pasaran Asia Pasifik. Vivo V80 kini dibuka untuk tempahan awal di Malaysia.

Promosi tempahan awal Vivo V80 di Malaysia

Vivo V80 kini sudah dibuka untuk tempahan awal di Malaysia sehingga 27 November 2026. Sepanjang tempoh ini, pembeli terawal boleh menikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,042.



Antara tawaran menarik yang menanti pembeli termasuklah:

  • Rebat tunai sebanyak RM200.
  • Kotak hadiah Vivo All-in-One (bernilai RM518) yang mengandungi fon telinga Vivo Buds Air 3, power bank 33W (10,000mAh), jam tangan pintar V Selection Watch V5, dan Magnetic Phone Tripod.
  • Perlindungan peranti vivo Care bernilai RM556.
  • Rebat tukar beli peranti lama (trade-in) sehingga RM300.

Selain itu, vivo turut menawarkan kemudahan tambahan untuk pilihan pembayaran ansuran atau fleksibel. Anda boleh mendapat diskaun RM150 jika menggunakan SPayLater atau PayLater by Grab dengan perbelanjaan minimum RM1,500, diskaun sehingga RM200 melalui platform Atome, atau rebat RM100 jika menggunakan ansuran bank terpilih.

Bagi yang berminat, tempahan boleh dibuat melalui kedai fizikal rasmi Vivo, pengedar sah di seluruh negara, atau secara dalam talian di stor rasmi Vivo Malaysia.

Spesifikasi Vivo V80

Vivo V80 merupakan model pertengahan setahap lebih tinggi daripada V80 Lite. Ia memperkenalkan pilihan warna baharu yang dipanggil Starwish Purple. yang diinspirasikan oleh keindahan galaksi yang dipenuhi bintang. Menurut Vivo, panel belakangnya dihasilkan menggunakan teknologi Laser Holographic Lithography, yang didakwa julung kali diperkenalkan dalam industri, untuk mencipta ilusi kedalaman 3D yang berubah mengikut sudut pantulan cahaya

Berdasarkan imej promosi, selain ungu, telefon ini turut ditawarkan dalam warna biru dan juga hitam.

Berdasarkan spesifikasi versi India, Vivo V80 dilengkapi dengan skrin OLED berukuran 6.59″ dengan kadar segar semula 144Hz. Skrin ini turut menawarkan resolusi 1.5k dan kecerahan puncak 5,000 nits.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4, cip yang sama boleh ditemukan pada Vivo V70.

Dari segi kamera, Vivo V80 dilengkapi tiga kamera belakang, iaitu kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYTIA 700V, kamera telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX882 dan kamera ultralebar 8MP dengan sensor OV08F10. Kamera depannya pula 50MP.

Menurut Vivo, telefon ini dilengkapi lensa ZEISS 100mm Center-Stage Portrait untuk rakaman potret jarak dekat. Penggunaan panjang fokus 100mm ini mampu mengasingkan subjek daripada latar belakang dengan lebih kemas, menjadikannya lebih menonjol di samping mengurangkan gangguan visual seperti orang lalu-lalang di dalam bingkai gambar.

Sistem kamera ini turut disokong oleh profil visual ZEISS Planar Style Bokeh yang memberikan tahap ketepuan warna rendah dan ton platinum, serta ciri AI Creative Camera untuk pilihan fotografi yang lebih kreatif. Sistem kamera juga boleh merakan pada 4k 60fps, dan menyokong 4K cinematic video dengan profil warna yang lebih sinematik.

Di bahagian bateri pula, telefon ini dimuatkan dengan bateri 7,200mAh yang menyokong pengecasan 90W secara berwayar, selain menyokong bypass charging. Telefon ini juga mempunyai pembesar suara stereo, kalis air IP68 dan IP69, serta pengimbas cap jari ultrasonik 3D dalam skrin. Turut disertakan sokongan Bluetooth 5.4, NFC, dwi-SIM dan ia menjalankan sistem operasi OriginOS 7 berasaskan Android 17.

Bakal dilancarkan bulan November

Sementara Vivo masih belum mendedahkan tarikh pelancaran rasmi di Malaysia, pelancarannya dijangka berlangsung tidak lama lagi dalam bulan november.

Untuk rujukan anda, di pasaran India, Vivo V80 ditawarkan dalam tiga konfigurasi Setakat ini, harga rasmi untuk pasaran Malaysia belum diumumkan. Namun sebagai rujukan, vivo V80 ditawarkan di pasaran India dalam tiga konfigurasi dengan harga berikut:

  • 8GB RAM + 128GB: INR 62,999 (~RM2,738)
  • 8GB RAM + 256GB: INR 69,999 (~RM3,042)
  • 8GB RAM + 512GB: INR 79,999 (~RM3,475)

Sebagai perbandingan di Malaysia, model vivo V70 sebelum ini dilancarkan pada harga RM1,999 (8GB+256GB), RM2,199 (12GB+256GB), dan RM2,599 (12GB+512GB).

Tags: vivovivo MalaysiaVivo V80
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN