• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xpax Postpaid buka peluang untuk belia beli telefon lebih murah

  • OLEH Najib
  • 4:50 pm
  • 18/04/2018
  • Komen
Xpax Postpaid buka peluang untuk belia beli telefon lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama pelancaran pek sim dan pelan internet baru Xpax hari ini, Celcom turut mengumumkan versi baru pelan internet KawKaw Squad mereka. Ia kini dinamakan Xpax Youth.

Sama seperti KawKaw Squad sebelum ini, pelan Xpax Youth memberi 50% lebih banyak data dari biasa, tetapi hanya terbuka untuk mereka berumur 25 tahun dan ke bawah sahaja. Kali ini Xpax Youth ditawarkan dalam bentuk prabayar dan pascabayar.



Hanya ada dua pelan Xpax yang ditawarkan untuk pascabayar Xpax, iaitu XP50 dan XP79. Ia tidak banyak berbeza dengan pelan prabayar RM50 dan RM79, melainkan tidak menerima data tiga kali ganda kerana ia untuk prabayar sahaja.

Tetapi satu perkara paling penting kenapa pascabayar Xpax ini dilahirkan, adalah tawaran mendapatkan telefon pintar dengan diskaun sehingga 50%. Tetapi ia hanya boleh didapati bersama kontrak 24 bulan, kerana itu ia diperkenalkan sebagai pelan pascabayar.



Antara tawaran telefon yang terdapat bersama Xpax Postpaid adalah seperti honor 6A Pro berharga RM199, Huawei Nova 2 Lite RM379 dan Huawei Y6 (2018) hanya RM199.

Celcom turut menawarkan pelan ansuran EasyPhone bersama Xpax Postpaid, seperti Huawei Nova 2i dari RM45 sebulan dengan pelan XP50, atau iPhone 6 32GB dari RM29 sebulan dengan pelan XP79. Semak lebih lanjut tawaran peranti Xpax Postpaid di sini.

Untuk pelan Xpax Postpaid pula, lebih banyak info boleh didapati di laman pelan XP50 dan pelan XP79.

Tags: xpaxXpax PostpaidXpax Prepaid
Najib

Najib

POPULAR

Xpax Postpaid buka peluang untuk belia beli telefon lebih murah

Xpax Postpaid buka peluang untuk belia beli telefon lebih murah

18 April 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN