• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia boleh mula beli iPad baru yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 1:15 pm
  • 20/04/2018
  • Komen
Malaysia boleh mula beli iPad baru yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mencari tablet, sukar untuk mencadangkan selain iPad. Pengeluar tablet Android juga dilihat sudah kurang berminat menghasilkan tablet baru.

iPad baru yang diperkenalkan di Amerika Syarikat bulan lepas, kini telah mula dijual di Malaysia. Ia menaiktaraf beberapa aspek berbanding iPad sebelumnya, tetapi harganya diletakkan lebih rendah.



Apple kini menggunakan cip A10 Fusion di dalam iPad yang baru, cip yang sama digunakan pada iPhone 7. iPad ini juga menyokong penggunaan Apple Pencil, memberi lebih ruang untuk pengguna menjadi lebih kreatif.

Skrin iPad masih kekal berukuran 9.7-inci, dan ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu Silver, Gold dan Space Grey. Storan pula boleh dipilih antara 32GB dan 128GB. Selain itu, terdapat pilihan untuk WiFi sahaja atau WiFi dan Selular.



iPad yang baru ini dinyatakan boleh bertahan sehingga 10 jam penggunaan berterusan. Butang Home masih kekal sebagai pengimbas capjari TouchID. Kamera pula menggunakan sensor 8MP F2.4 di belakang dan sensor 1.2MP di hadapan untuk Facetime HD serta swafoto.

Semua iPad yang baru ini serta Apple Pencil boleh mula dibeli sekarang menerusi Apple Online Store. Harganya pula adalah seperti berikut:

  • iPad 9.7-inci 32GB (Wi-Fi) – RM1,449
  • iPad 9.7-inci 128GB (Wi-Fi) – RM1,849
  • iPad 9.7-inci 32GB (Wi-Fi + Cellular) – RM1,999
  • iPad 9.7-inci 128GB (Wi-Fi + Cellular) – RM2,399
  • Apple Pencil – RM419

Tags: appleapple malaysiaipadipad malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Malaysia boleh mula beli iPad baru yang lebih murah

Malaysia boleh mula beli iPad baru yang lebih murah

20 April 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN