• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Min Chen lancar OPPO F7 yang lebih besar

  • OLEH Najib
  • 12:04 pm
  • 23/04/2018
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Malaysia telah melancarkan model terbaru telefon pintar mereka, OPPO F7 dengan kehadiran duta khas OPPO F7 iaitu Hebe dari Taiwan dan Neelofa. Pada majlis pelancaran tersebut, mereka memperkenalkan versi 64GB sahaja dan menyatakan ia akan mula dijual ada 21 April 2018.

OPPO Malaysia membuka jerayawara OPPO F7 di Sunway Pyramid sempena penjualan OPPO F7. Pada hari tersebut, mereka menjemput ikon selfie OPPO, Min Chen untuk turut sama memeriahkan hari pertama penjualan OPPO F7.



Di majlis itu, Min Chen menjadi wakil OPPO untuk mengumumkan harga dan tarikh jualan OPPO F7 dengan storan lebih besar 128GB. OPPO F7 128GB datang dalam dua warna, Sunrise Red dan Diamond Black dengan kemasan belakang seperti batu berlian.

OPPO F7 128GB akan dijual di Malaysia pada harga RM1,699, tambahan RM300 dari model 64GB. Tempahan awal OPPO F7 128GB akan dibuat bermula dari 23 April hingga 27 April 2018. Tempahan ini boleh dibuat di Stor Konsep OPPO seluruh Malaysia, dan di Stor Online OPPO serta rakan dagang seperti Lazada, 11street, Shopee, Senheng dan senQ.



OPPO F7 adalah telefon pintar pakar swafoto kerana ia menggunakan kamera hadapan 25MP F2.0 yang dibantu dengan kuasa Beauty AI 2.0, untuk menghasilkan gambar swafoto yang lebih menarik. Kamera belakang pula 16MP F1.8.

Kuasa OPPO F7 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P60, 4GB RAM dan pilihan storan antara 64GB dan 128GB. Ia memiliki skrin nirbingkai 19:9 bertakuk ala iPhone X, berukuran 6.23-inci dan resoluai FHD+ (2280×1080).

Bateri sebesar 3,400mAh terdapat di dalam OPPO F7, tetapi tiada pengecas pantas VOOC. Ia menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.1 dengan antaramuka ColorOS 5.0.

Tags: oppoOPPO F7OPPO F7 128GBOPPO Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Min Chen lancar OPPO F7 yang lebih besar

23 April 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN