Hebe dan Neelofa sama-sama lancar OPPO F7 di Malaysia

5 bulan selepas ketibaan OPPO F5, hari ini OPPO Malaysia memperkenalkan OPPO F7, versi baru untuk siri-F keluaran OPPO. Ia meneruskan lagi kehebatan OPPO dalam menghasilkan telefon pintar dengan kamera swafoto berkualiti tinggi.

Pelancaran OPPO F5 yang diadakan di Kuala Lumpur ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan duta OPPO F5 di Malaysia, artis popular dari Taiwan, Hebe bersama selebriti Malaysia, Neelofa.

OPPO F7 adalah telefon pintar pakar swafoto kerana ia menggunakan kamera hadapan 25MP F2.0 yang dibantu dengan kuasa Beauty AI 2.0, untuk menghasilkan gambar swafoto yang lebih menarik. Kamera belakang pula 16MP F1.8.

Kuasa OPPO F7 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P60, 4GB RAM dan 64GB storan. Ia memiliki skrin nirbingkai 19:9 bertakuk ala iPhone X, berukuran 6.23-inci dan resoluai FHD+ (2280×1080).

 

Bateri sebesar 3,400mAh terdapat di dalam OPPO F7, tetapi tiada pengecas pantas VOOC. Ia menjalankan sistem operasi terbaru Android 8.1 dengan antaramuka ColorOS 5.0.

OPPO F7 akan dijual di Malaysia bermula 21 April 2018 pada harga RM1,399, dengan jerayawara di Sunway Pyramid. Terdapat tiga warna ditawarkan, kelabu, merah dan hitam.

Orang ramai boleh membuat tempahan awal sehingga 20 April 2018 dan terima hadiah percuma berupa fon kepala Bluetooth, casing dan cincin pemegang telefon, semuanya bernilai RM299.

Lebih menarik lagi, pembeli bertuah di giliran ke-7, 77, 777 dan ke-7777 berpeluang membawa pulang OPPO F7 secara percuma. Jangan terlambat untuk membuat tempahan OPPO F7 sekarang.

BACA  U Mobile lancar pelan Unlimited HERO P139 dengan had lebih tinggi