Xiaomi Mi 6X Terima Pelbagai Penambahbaikkan Berbanding Mi 5X

Jika anda berpuas hati dengan Xiaomi Mi A1 yang sedang anda gunakan sekarang, anda pastinya ingin melihat telefon ini. Di China, Mi A1 dipasarkan sebagai Mi 5X dan sebentar tadi mereka telah melancarkan Mi 6X dan besar kemungkinan ia akan dikenali sebagai Mi A2 untuk pasaran global. Melihat pada helaian spesifikasi, saya dapat lihat seribu satu penambahbaikkan telah dilakukan pada telefon ini.

Perubahan paling ketara adalah penggunaan CPU Snapdragon 660 untuk menggantikan Snapdragon 625 sebelum ini. Ia 30% lebih tinggi prestasinya berbanding prestasi sebelum ini. Jenis RAM-nya juga telah ditambah baik kepada LPDDR4X berbanding LPDDR3 sebelum ini. Jenis RAM sebegini hanya banyak digunakan pada peranti flagship.

Untuk bahagian pengimejan, Mi 6X diberikan sepasang kamera belakang yang diperkasa sensor 20MP dan 12MP. Sebagai perbandingan, Mi 5X menggunakan kamera 12MP dan 12MP (telefoto).

Yang nyata menerima tambah baik adalah kamera depan. Daripada kamera 5MP, anda kini boleh berswafoto menggunakan kamera 20MP.

Tidak seperti khabar angin yang menyatakan baterinya sedikit kecil daripada Mi 5X, Mi 6X masih diberikan bateri 3010mAh yang sama seperti seblum ini. Berbekalkan cip yang lebih canggih, waktu penggunaan pastinya lebih panjang. Bukan itu saja, Xiaomi turut mengesahkan yang ia memiliki fungsi pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Hanya satu kekurangan yang boleh dikesan pada telefon ini. Ketiadaan port audio pastinya meresahkan pengguna yang meggunakan telefon ini untuk gaming kerana penggunaan headfon bluetooth akan menganggu isyarat Wi-Fi dan seterusnya menyebabkan lagging.

Xiaomi Mi 6X hadir dalam tiga varian dan dijual pada harga seperti berikut:

  • Mi 6X (4GB + 64GB) – RMB1,599 (RM991)
  • Mi 6X (6GB + 64GB) – RMB1.799 (RM1,115)
  • Mi 6X (6GB + 128GB) – RMB1,999 (RM1,239)
BACA  Jabra bagi 20% diskaun dengan kod istimewa di Shopee

Spesifikasi Ringkas Xiaomi Mi 6X

Paparan5.99"
HD+ Penuh
PemprosesSnapdragon 660
RAM4GB
6GB
Storan64GB
128GB
Kamera belakang20MP
12MP
Kemera depan20MP
Bateri3,010mAh
Pengecasan Pantas