• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRU-14: Apa Yang Anda Perlu Tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:37 am
  • 02/05/2018
  • Komen
PRU-14: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 9 Mei 2018, golongan yang layak dan sudah mendaftarkan diri sebagai pemilih akan membuang undi dalam Pilihanraya Umum ke-14. Selain kempen-kempen di media perdana dan sosial, pastinya anda ingin mengetahui maklumat-maklumat yang lebih mendalam berkaitan Pilihanraya Umum kali ini. Ini adalah senarai informasi berkaitannya yang perlu anda ketahui sebagai seorang pemilih.

Perkara

  • Bagaimana Saya Boleh Semak Kelayakan Mengundi?
  • Bilangan Parti Yang Bertanding
  • Perbezaan Barisan Nasional Dengan Pakatan Harapan
  • Menifesto Tiga Parti Campuran Terbesar Dalam Malaysia
  • Statistik 3 Pilihan Raya Terdahulu
  • Siapa Calon Wakil Rakyat Kawasan Saya?

Bagaimana Saya Boleh Semak Kelayakan Mengundi?

Rakyat Malaysia dijadualkan membuang undi dalam Pilihanraya ke-14 pada 9 Mei 2018. Tapi sudahkah anda kenal pasti stesen mengundi anda pada hari pengundian kelak? Guna 3 cara ini untuk melakukannya. Anda hanya perlukan maklumat kad pengenalan.



[Infografik] Save the date!

14th General Election is around the corner.#JomKitaSemak #JomKitaUndi #UndiAndaPenentuMasaDepanNegara pic.twitter.com/6jH5zU1sgP

— BERNAMA (@bernamadotcom) April 10, 2018

1. Portal Online

Pergi ke laman rasmi SPR dan masukkan nombor di dalam ruang yang disediakan.

 

2. APP Telefon

Muat turun APP MySPR Semak di Android & iOS.



3. SMS ke 15888

Hantar SPR SEMAK <nombor kad pengenalan> ke 15888. Sila ambil perhatian yang perkhidmatan ini dicaj RM0.20 untuk setiap semakan.


Bilangan Parti Yang Bertanding

Sebanyak 53 parti berpusat di serata Malaysia telah berdaftar sebagai parti yang akan bertanding dalam PRU ke-14

  1. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)
  2. Parti Alternatif Rakyat (PAP)
  3. Parti Amanah Negara (AMANAH)
  4. Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB)
  5. Parti Barisan India Se-Malaysia (AMIPF)
  6. Parti Barisan Nasional (BN)
  7. Parti Bersama Malaysia (Malaysian United Party) (MU)
  8. Parti Bersatu Sabah (PBS)
  9. Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) Malaysia United People’s Party (MUPP)
  10. Parti Bumi Kenyalang (PBK)
  11. Parti Cinta Malaysia (PCM)
  12. Parti Cinta Sabah
  13. Parti Damai Sabah (Sabah Peace Party) (Parti SPP)
  14. Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
  15. Parti Generasi Baru (New Generation Party) (NEWGEN PARTY)
  16. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)
  17. Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat)
  18. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)
  19. Parti Islam Se Malaysia (PAS)
  20. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  21. Parti Kebangsaan Sabah (PKS)
  22. Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri)
  23. Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)
  24. Parti Kongres Ceylonese Malaysia
  25. Parti Kongres India Malaysia (MIC)
  26. Parti Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA)
  27. Parti Liberal Demokratik (LDP)
  28. Parti Maju Sabah (SAPP)
  29. Parti MakkalSakti Malaysia (M.M.S.P)
  30. Parti Pekerja Sarawak (SWP)
  31. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS)
  32. Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA)
  33. Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
  34. Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
  35. Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
  36. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
  37. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
  38. Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)
  39. Parti Punjabi Malaysia (PPM)
  40. Parti Rakyat Bersatu (UPP)
  41. Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai (Peace Party-Sarawak)
  42. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  43. Parti Rakyat Sarawak (PRS)
  44. Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)
  45. Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU)
  46. Parti Solidariti Tanah Airku
  47. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  48. Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS)
  49. Parti Tindakan Demokratik (DAP)
  50. Parti Warisan Sabah (WARISAN)
  51. Penang Front Party (PFP)
  52. Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan)
  53. Sarawak United People’s Party (SUPP)

Perbezaan Barisan Nasional Dengan Pakatan Harapan

Barisan Nasional adalah parti yang didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia terdiri daripada beberapa parti komponen seperti:

  1. Liberal Democratic Party (LDP)
  2. Malaysian Chinese Association (MCA)
  3. Malaysian Indian Congress (MIC)
  4. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
  5. Parti Demokratik Progresif (PDP)
  6. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
  7. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
  8. Parti Rakyat Sarawak (PRS)
  9. People’s Progressive Party (myPPP)
  10. Sarawak United People’s Party (SUPP)
  11. United Malays National Organisation (UMNO)
  12. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)
  13. United Sabah Party (PBS)

Tidak seperti Barisan Nasional yang berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, Pakatan Harapan adalah gabungan tak formal antara parti berhaluan alternatif di Malaysia. Untuk PRU-14, Pakatan Harapan adalah terdiri daripada:

  1. Parti Amanah Negara (AMANAH)
  2. Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  3. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
  4. Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Tapi, untuk Semenanjung Malaysia, kesemua parti yang bertanding akan menggunakan logo PKR untuk keseragaman manakala di Sabah/Sarawak, logo asal parti akan digunakan.

Selain Pakatan Harapan, terdapat juga gabungan tak formal kedua yang bernama Gagasan Sejahtera. Ia terdiri daripada:

  1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  2. Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)
  3. Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)

Menifesto Tiga Parti Campuran Terbesar Dalam Malaysia

Setiap parti yang bertanding pastinya menjanjikan perubahan dan penambahbaikkan yang akan dibawa sejurus diberi mandat untuk memerintah pada penggal yang akan datang. Ia dihimpunkan dalam bentuk menifesto. Anda boleh menelaah menifesto daripada tiga parti campuran terbesar di Malaysia di pautan ini:

  • Barisan Nasional
  • Pakatan Harapan
  • Gagasan Sejahtera

Statistik 3 Pilihan Raya Terdahulu

Laman MalaysiaKini ada menubuhkan satu laman khas bersempena Pilihanraya ke-14. Ia menghimpunkan data-data berkaitan tiga pilihan raya terdahulu iaitu yang berlaku pada tahun 2004, 2008, 2013.

Layari undi.info untuk maklumat lanjut.

 


Siapa Calon Wakil Rakyat Kawasan Saya?

Pastinya anda ingin mengenali siapakah yang menawarkan diri untuk berkhidmat dalam kawasan anda. Untuk tujuan itu, anda boleh ke laman rasmi SPR di https://calon.spr.gov.my/ ataupun menggunakan APP MySPR yang boleh dimuat turun di Android ataupun iOS.

Melalui laman ataupun APP, anda beroleh maklumat seperti:

  • Calon untuk kerusi Parlimen
  • Calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri
  • Kod Perlimen
  • Kod Dewan Undangan Negeri

[Sumber: Gambar Pemuka]

Tags: barisan nasionalgagasan sejahteraGE14general election 14pakatan harapanpilihan raya 2018pilihanraya 14pilihanraya2018piliihan raya 14
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PRU-14: Apa Yang Anda Perlu Tahu

PRU-14: Apa Yang Anda Perlu Tahu

2 May 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER