Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Telefon Kuadkamera Pertama HTC Akan Diperkenalkan Pada 23 Mei Ini

HTC dinihari seakan semakin ketinggalan dalam perlumbaan telefon padahal merekalah salah satu pelopor telefon Android pertama menerusi Nexus One. Terbaru, menerusi laman Twitter mereka, HTC telah mengutuskan satu imej yang memberi petanda yang mereka bakal melancarkan sesuatu pada 23 Mei ini.

Ramai yang berspekulasi yang ia adalah HTC U12+ yang khabar anginnya sudahpun bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Ia adalah sebuah telefon flagship dengan konfigurasi dwikamera belakang dan dwikamera depan.

Kenyataan itu dibuktikan menerusi gambar yang dikepilkan bersama Twitter itu. Daripada gambar itu, kelihatan empat modul kamera berada dalam kalangan kompoonen-komponen lain telefon itu. Daripada sampel imej kamera HTC yang terbocor, ia hadir dengan dwikamera belakang 12MP dan 16MP dengan apertur seluas F1.8 dan F2.

Tiada maklumat khusus dikongsikan daripada pihak HTC tetai anda boleh jangkakan spesifikasi seperti:

  • Paparan 6″ KuadHD+ 18:9
  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 6GB
  • Storan dalaman sehingga 256GB
  • Edge Sense
  • Kekalisan debu/air pada tahap IP68

[Sumber: HTC, GSMArena]

BACA  Oppo A31 dikurangkan RAM dan storan agar lebih murah dijual di Malaysia