• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Rai Kadar GST Baru Dengan Diskaun 6% Keatas Produk Mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:40 pm
  • 17/05/2018
  • Komen
Huawei Rai Kadar GST Baru Dengan Diskaun 6% Keatas Produk Mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam Kementerian Kewangan Malaysia telahpun mengumumkan bermula 1 Jun ini, kadar GST telah diturunkan kepada 0%.

Pastinya yang berkira-kira untuk membeli telefon dalam masa terdekat terfikir untuk menangguhkan niat mereka untuk menunggu penurunan harga dek ketiadaan GST.



Tapi, mereka di Huawei berkata, mengapa perlu tunggu? Berikan saja diskaun 6% sementara menunggu 1 Jun 2018.

Itulah maklumat yang diutuskan di Facebook rasmi Huawei Malaysia. Jika anda membeli telefon Huawei antara 18 Mei hingga 31 Mei 2018, anda akan menerima rebat 6% keatas harga produk yang terlibat.



Tidaklah diketahui bagaimanakah perkiraan diskaun ini akan mengambil tempat. Mungkin dipotong terus 6% dari harga sedia ada.

Walau bagaimanapun, menurut utusan yang sama, hanya model-model yang terpilih saja akan menikmati diskaun itu.

Beberapa harga jualan rasmi peranti Huawei adalah seperti berikut:

  • Huawei P20 Pro – RM3,299
  • Huawei P20 – RM2,599
  • Huawei nova 2i – RM999
  • Huawei nova 2 Lite – RM799
  • Huawei MediaPad M3 Lite – RM1,599
Tags: GSTHuaweiHuawei Malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Rai Kadar GST Baru Dengan Diskaun 6% Keatas Produk Mereka

Huawei Rai Kadar GST Baru Dengan Diskaun 6% Keatas Produk Mereka

17 May 2018
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN