• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ada hadiah misteri untuk tempahan awal OPPO R15 Pro

  • OLEH Najib
  • 6:06 pm
  • 21/05/2018
  • Komen
Ada hadiah misteri untuk tempahan awal OPPO R15 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Malaysia telah mengesahkan kedatangan telefon pintar terbaru mereka, OPPO R15 Pro ke Malaysia. Ia akan dilancarkan pada Khamis ini, 24 Mei 2018 dan OPPO Malaysia menyatakan, tempahan awal dibuka seawal 25 Mei 2018.

OPPO akan membuka tempahan OPPO R15 Pro bermula dari 25 Mei sehingga 31 Mei 2018. Tempahan ini boleh dibuat di Stor Konsep OPPO, serta online di Stor OPPO, Stor Celcom, serta di laman e-dagang seperti Lazada, Shopee dan 11street.



Mereka yang membuat tempahan ini boleh mengambil OPPO R15 Pro mereka pada 1 Jun 2018. Tetapi eksklusif untuk tempahan di Stor Flagship OPPO KLCC, pelanggan boleh mendapatkan OPPO R15 Pro mereka seawal 29 Mei 2018.

Stor Flagship OPPO KLCC



OPPO menyediakan hadiah istimewa dalam kuantiti terhad untuk tempahan awal ini. Untuk tempahan di Stor Flagship KLCC, hanya 100 pelanggan pertama yang melengkapkan tempahan mereka layak menerima hadiah percuma ini.

Tidak pula dinyatakan apa hadiahnya. Untuk OPPO F7 yang lepas, tempahan awal menerima hadiah berupa fon kepala Bluetooth, casing dan cincin pemegang telefon. Semuanya bernilai RM299.

Sekali lagi khas di Stor Flagship OPPO KLCC, pada 29 mei nanti akan diadakan beberapa aktiviti seperti gambar bercetak apabila berswafoto dengan OPPO R15 Pro, peluang memenangi pelbagai hadiah menarik apabila membeli OPPO R15 Pro serta diskaun 20% untuk pembelian aksesori bagi ahli VIP.

OPPO R15 Pro akan ditawarkan dalam dua warna, Cosmic Purple dan Ruby Red. Harganya masih belum diumumkan tetapi di China, OPPO R15 telah dijual pada harga RMB3,299 (~RM2,053).

Secara ringkas, OPPO R15 Pro memiliki skrin 6.28-inci bertakuk di atas, dengan kuasa dalaman Snapdragon 660, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman. Ia memiliki dwilensa kamera belakang, gabungan sensor 16MP F1.7 dan 20MP F1.7. Kamera hadapannya pula 20MP F2.0 dengan kuasa AI.

OPPO R15 Pro menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama ColosOS 5.0. Baterinya sebesar 3,400mAh dan boleh dicas pantas menggunakan teknologi VOOC tapi sayang, ia masih menggunakan port mikroUSB.

Kepada peminat OPPO R15 Pro, nantikan pengumuman harganya pada hari Khamis ini, dan jangan lupa membuat tempahan awal pada hari Jumaat ini. Lebih afdhal jika ditempah di Stor Flagship OPPO KLCC.

Tags: oppoOPPO MalaysiaOPPO R15 ProOPPO R15 Pro Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Ada hadiah misteri untuk tempahan awal OPPO R15 Pro

Ada hadiah misteri untuk tempahan awal OPPO R15 Pro

21 May 2018
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN