• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sertai Program Beta Android Oreo Sekarang Jika Anda Pengguna Nova 2 Plus

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:47 pm
  • 21/05/2018
  • Komen
Sertai Program Beta Android Oreo Sekarang Jika Anda Pengguna Nova 2 Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei dalam usaha mereka untuk menjadi pengeluar yang pantas mengemas kini peranti mereka ke Android yang lebih baru memiliki satu program yang unik. Melalui program beta EMUI, pengguna peranti Huawei boleh merasai pengalaman Android yang baru dalam fasa beta tanpa perlu menunggu ia siap sempurna.

Terbaru, jika anda adalah salah seorang pengguna Huawei nova 2 Plus, program beta untuk Android Oreo sudahpun dibuka menurut laman Facebook Huawei Malaysia.



Jika anda menyertai program ujian beta tersebut, telefon anda boleh menjalankan sistem operasi EMUI 8.0 Oreo lebih awal daripada pengguna biasa dan anda bolehlah melaporkan sebarang bug dan cadangan penambahbaikkan kepada pihak Huawei.

Sesiapa yang berminat untuk menyertainya, anda boleh memasang APP khas Huawei ini di telefon anda dan terus memasang EMUI 8.0 Oreo menerusi APP yang telah anda install itu.



Nova 2 Plus adalah pesaing rapat kepada telefon OPPO dan vivo yang memberi tumpuan pada golongan gemar berselfie. Ia dibuktikan dengan kehadiran kamera 20MP di depannya. Pada bahagian belakang, anda disajikan dengan sepasang kamera 12MP dan 8MP.

Pada papan utama, ia dikuasakan CPU Kirin 659, cip yang sama boleh ditemui pada telefon seperti nova 3e dan juga nova 2i yang lebih baru.

Kesemua komponen elektroniknya menyedut kuasa daripada sekeping bateri 3,340mAh yang dicas melalui port USB-C.

Terkini, harganya di malaysia adalah RM1,399 dan boleh dibeli melalui kedai Huawei di Lazada.

[Sumber: Huawei]

Tags: HuaweiHuawei Malaysianova 2 plusnova 2 plus beta testernova 2 plus malaysianova 2 plus oreonova 2 plus reviu
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Sertai Program Beta Android Oreo Sekarang Jika Anda Pengguna Nova 2 Plus

Sertai Program Beta Android Oreo Sekarang Jika Anda Pengguna Nova 2 Plus

21 May 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN