• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MediaTek Lancar Helio P22 Untuk Disasarkan Pada Segmen Premium Pertengahan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:50 pm
  • 23/05/2018
  • Komen
MediaTek Lancar Helio P22 Untuk Disasarkan Pada Segmen Premium Pertengahan
Share on FacebookShare on Twitter

CPU daripada MediaTek sentias mengikut rapat belakang Exynos, Kirin, dan Qualcomm. Terbaru, MediaTek dilaporkan memperkenalkan Helio P22, ahli terbaru CPU yang ditujukan pada peranti kelas pertengahan.

Dibina menggunakan acuan 12nm FinFET TSMC, ia dijangka memberikan prestasi yang memberangsangkan daripada segi pengkomputeran malah penjimatan tenaga.



Menggunakan CPU ini, telefon boleh menyokong paparan beresolusi 1600 x 720. Ia agak pelik kerana zaman sekarang pengeluar sudahpun berhijrah pada lapangan 1080p walaupun pada telefon kelas pertengahan.

Daripada sudut pengimejan, cip ini menyokong sistem dwikamera sehingga 13MP dan 8MP dengan kehadiran enjin penentu kedalaman yang baru. Telefon juga bakal menikmati ciri penstabil imej elektronik (EIS) serta enjin Rolling Shutter Compensation (RSC) yang baru untuk meminimumkan kesan jello semasa menangkap gambar.



Pada bahagian komunikasi, CPU ini menyokong sistem dwislot SIM dan kedua-duanya menyokong rangkaian LTE serentak. Pengguna turut menikmati teknologi VoLTE dan ViLTE apabila ia sedia digunakan kelak.

Selain LTE, P22 turut menyediakan sambungan Wi-Fi sehingga 802.11ac, Bluetooth 5.0, dan GPS.

Tidaklah diketahui telefon manakah yang akan menggunakan CPU ini kelak tetapi anda boleh menemuinya pada penghujung Q2 2018.

[Sumber: MediaTek]

Tags: cpuhelio p22mediatekmediatek heliomediatek helio p22semikonduktor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
MediaTek Lancar Helio P22 Untuk Disasarkan Pada Segmen Premium Pertengahan

MediaTek Lancar Helio P22 Untuk Disasarkan Pada Segmen Premium Pertengahan

23 May 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER