Semua Produk Yang Dilancarkan Di [email protected] 2018

[email protected] adalah acara tahuanan Acer di Bandar Raya New York untuk mempamerkan barisan produk baru yang akan dijual sepanjang tahin ini. Untuk Edisi 2018, Acer memperkenalkan Swift 5 yang ditambah baik, beberapa produk Chromebook, dan sejumlah besar produk Predator  khas untuk peminatnya.

Acer Swift 5 (2018)

Acer Swift 5 telah menerima beberapa tambah baik daripada edisi sebelumnya. Antaranya adalah ia memiliki skrin lebih besar, 15″ dan menjadikannya laptop 15″ ternipis dalam pasaran setakat ini.

Acer Swift 5 (2018)

Bingkai paparan turut diminimumkan serta bateri diperbesar. Walaupun besar, beratnya masih dikekalkan bawah 1 kg.

Ia dikuasakan cip Intel Core generasi kelapan dan membawakan storan SSD sehingga 1TB luasnya serta kelausan RAM stingga 16GB. Port-port asas yang boleh ditemui padanya adalah seperti USB-C, 2 USB 3.1, HDMI, dan pembaca kad SD.

Acer Swift 5 (2018)

Tiada harga mahupun tarikh pelancarakan khusus diumumkan.

Acer Chromebook Spin 13

Ini adalah Chromebook paling berkuasa dalam pasaran setakat ini. Ia adalah sebuah laptop 2-dalam0-1 13.5″ dengan paparan beresolusi 2256×1504 berskrin sesentuh.

Chromebook Spin 13

Pada papan utama, ia dikuasakan Intel Core i3 ataupun i5 generasi 8 dengan RAM sehingga 16GB serta storan 32GB/64GB/128GB.

Menariknya Chromebook ini adalah ia menyokong input daripada stailus EMR Wacom dan ia amat berguna di dalam kelas.

Chromebook Spin 13

Acer tidak pula mengumumkan bila dan berapakah harganya bila dijual kelak.

Acer Chrome Tab 10

Acer turut hadir dengan tablet Chromebook pertama dunia apabila memperkenalkan Acer Chromebook Tab 10. Seperti Acer Chromebook Spin 13, ia turut menyokong input stailus EMR Wacom.

Tablet ini memiliki panel paparan sebesar 9.7″ dengan resolusi 2048 x 1536. Pada bahagian sisi, pengguna boleh menemui stailus tercucuk rapi pada tempatnya.

Chrome Tab 10

Tiada maklumat berkaitan CPU yang terpateri pada papan operasinya. Tetapi tablet ini memiliki 4GB RAM dan 32GB storan serta hayat bateri selama 9 jam.

Terdapat banyak lagi tablet Android yang murah dan lebih berkuasa pada harga sedemikian. Mengapa Acer mengambil risiko dengan tablet Chromebook tidak pula diketahui.

BACA  Huawei Y Max sah tiba di Malaysia pada 12 12

Acer Chromebook Tab 10 akan mula dijual pada June 2018 pada harga USD330 (RM 1,314).

Keluarga Acer Nitro

Acer Nitro 50

Acer memperluas keluarga Nitro mereka dengan kehadiran desktop Acer Nitro 50, desktop ini dikuaskan pemproses Intel Core generasi 8 dengan bantuan GPU NVIDIA GeForce GTX generasi 10.

Acer Nitro 50

Menurut Acer, semua siri Nitro akan memiliki tema rekaan yang hampir serupa dan Nitro 50 tidak terkecuali. Hampir keseluruhan badannya berwarna hitam dan warna merah garang menjadi penyeri pada beberapa tempat.

Antara yang menarik dengan Nitro 50 adalah seperti:

  • sokongan RAM sehingga 64GB
  • pilihan GPU bermula GTX 1060 hinggalah 1070 ataupun GPU AMD RX580X
  • sokongan Intel Optane Memory

Acer Nitro 50 akan mula dijual bermula Jun pada harga bermula USD 800 (RM 3,186).

Acer Nitro VG0 & RG0

Monitor Nitro turut diperkenalkan. Sebanyak dua model diumumkan Acer iaitu VG0 dan RG0. Kedua-dua mereka menyokong AMD FreeSync dan hadir delam beberapa saiz iaitu:

  • Acer Nitro VG0 – 21.5″, 23.8″ & 27″
  • Acer Nitro RG0 – 23.8″ & 27″

Nitro VG0

VG0 yang duduk dalam kasta yang lebih atas hadir dengan resolusi daripada 1080p hinggalah 4K. Panelnya mampu menghasilkan imej pada karda 144 Hz dan dilengkapi speaker 2W, HDMI, VGA, dan DisplayPort.

RG0 adalah versi yang lebih bajet dan hadir dalam resolusi 1080p sahaja. Panelnya memaparkan gambar pada kadar 75 Hz.

Nitro RG0

Acer Nitro VG0 akan mula dijual bermula Jun ini pada harga USD 130 (RM 517)  manakala RG0 akan dijual bermula Julai pada harga USD170 (RM 677).

Helios 500 & 300 Special Edition

Ini mungkin laptop paling berkuasa pernah dihasilkan mereka. PredatorHelios 500 hadir menggayakan CPU terbaru Intel iaitu Intel Core i9 yang berdampingan bersama GPU GeForce GTX 1080.

BACA  Honor akan datang dengan telefon baru pakar swafoto 24 jam

Predator Helios 500

Selain daripada komponen pengkomputeran yang premium pada papan utama. Ia turut dilengkapi panel paparan 4K dengan kadar refresh setinggi 144 Hz beserta teknologi Nvidia G-Sync untuk pengalaman gaming yang tiada bandingannya.

Predator Helios 500

Predator Helios 500 akan mula dijual bermula Jun ini pada harga bermula USD 2000 (RM 7,965).

Selain Helios 500, mereka turut melancarkan Helios 300 edisi terhad.

Hal ini kerana Acer berpendapat yang produk gaming tidak semestinya perlu berwarna hitam. Maka, mereka mengumumkan Predator Helios 300 Special Edition yang berwarna putih dan disulami warna emas untuk membangkitkan seri premium padanya.

Predator Helios 300 SE

Selain warna yang memukau, CPU dan GPU padanya juga menerima kemas kini.

Ia dikuaskaan CPU Intel Core i7 generasi 8 beserta GPU NVIDIA GTX 1060. Pengguna menerima RAM sebanyak 16GB seujurs keluar kotak tetapi ia boleh diperluas sehingga 32GB pada masa akan datang.

Predator Helios 300 SE

Tambah menarik, panel paparannya masih dikekalkan pada saiz 15.6″ beresolusi HD Penuh daripada jenis IPS tetapi kini memiliki kadar segar semula stinggi 144 Hz.

Acer tidak berkongsikan harga dan bilakah laptop ini akan dijual.

Predator Cestus 510

Acer meluaskan penawaran produk mereka apabila mengumumkan gaming keyboard dan mouse sebagai salah satu ahli baru dalam keluarga Predator. Predator Aethon 500 dan Cestus 510 bakal melengkapkan aksesori Predador menemani anda masuk ke medan tempur e-sukan.

Cestus 510 adalah sebuah mouse optikal dengan lampu RGB. Bentuknya berlekuk-lekuk menyumbang pada tahap ergonomik yang tinggi. Panel plastik badannya boleh ditanggal dan ditukarkan mengikut cita rasa pengguna. Terdapat juga slot untuk menempatkan pemberat jika tetikus berat menjadi kelaziman anda.

Kepantasan bacaan optik pada tetikus ini mampu menjangkau sehingga 16,000 dpi dan 400 ips

Predator Orion 5000 & 3000

Acer Orion adalah gergasi gaming dalam kategori desktop dan ianya overkill. Pada Orion 5000, anda boleh menemui dua keping kad NVIDIA GeForece GTX 1080 yang disambung secara SLI.

BACA  OnePlus 6T McLaren diperkasa pengecas lebih pantas Warp Charge 30W

Pada papan utama, ia diperkasa CPU Intel Core i7+ 8700K bersama-sama Intel Optane Memory selusa 32GB. Anda boleh menjangkakan masa boot yang amat singkat berbanding yang lain.

Orion 5000

Untuk status jualan, Predator Orion 5000 akan mula dijual pada Julai ini pada harga sekurang-kurangnya USD1,500 (RM 5,974).

Spesifikasi yang paling tinggi memberikan anda RAM setingga 64GB, 3TB HDD ataupun 512GB SSD.

Predator Orion 3000 adalah versi bajet kepada Orion 3000 dan 9000. Walau bagaimanapun, ia masih menggunakan komponen komputer yang terkini seperti CPU Intel Core generasi 8. Untuk mengekalkan harganya yang rendah, ia tidak menggunakan cip Ethernet Killer sebaliknya Realtek GbE digunakan.

Orion 3000

Pada bahagian GPU, tiada pilihan SLI disediakan sebaliknya sekeping GTX 1080 diberikan untuk memimikul tugasan gaming.

Orion 3000 mula dijual Oktober ini pada harga permulaan USD 1000 (RM 3,982).

Predator X

Kegilaan Acer untuk menghasilkan produk gaming bertersuan dengan Predator X. Jika anda rasakan Predator Orion 9000 adalah desktop yang berkuasa, Predator X sekali ganda lebih berkuasa.

Jika masih tidak mengujakan, lihat sajalah pada CPU yang terpateri pada papan utamanya. Ia dikuaskan bukan satu, tetapi dua CPU Intel Xeon yang sebelum ini hanya digunakan untuk pusat data dan pelayan sahaja.

Orion X menggunakan chasis seperti Orion 9000

Predator X ditujukan pada gamer yang sentiasa ber-multi-tasking. Golongan in bermain, ber-livestream, menyunting video dan sebagainya menggunakan satu PC dan mereka memerlukan sesuatu yang berupaya menggalas tugasan berat itu.

Sedikit mengecewakan apabila tiada maklumat tentang harga dan bilakah ia akan dijual.