• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Skuad Selebriti Shopee sebahagian dari Kempen Cahaya Raya dengan hadiah RM1.5 juta

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 25/05/2018
  • Komen
Skuad Selebriti Shopee sebahagian dari Kempen Cahaya Raya dengan hadiah RM1.5 juta
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat produk keluaran selebriti Malaysia, kini boleh mendapatkannya lebih mudah menerusi Shopee menerusi inisiatif terbaru mereka, Skuad Selebriti Shopee (Shopee Celebrity Squad). Ia adalah ruangan khas yang membariskan pelbagai produk keluaran selebriti dan membelinya semudah satu klik.

Barisan pertama Skuad Selebriti Shopee terdiri dari enam orang artis iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, Nora Danish, Izara Aishah, Elfira Loy, Emma Maembong dan Heliza Helmi. Produk mereka yang terdapat di Shopee adalah:



  1. Dato’ Siti Nurhaliza- produk penjagaan kulit dan kosmetik, SimplySiti
  2. Nora Danish – fesyen Muslim tradisional dengan sentuhan moden, OWLBYND
  3. Izara Aishah – produk bibir berjenama Madame Izara
  4. Elfira Loy – pakaian tradisional Muslim, EL
  5. Emma Maembong – produk penjagaan kulit, EMBS
  6. Heliza Helmi – pakaian tradisional Muslim, Heliza Guzel Hive

Di majlis ini juga, Dato’ Siti Nurhaliza membuat pelancaran eksklusif koleksi alat solek bertemakan emas, SIMPLYSITI New Gold Edition. Ia dijual secara eksklusif hanya di Shopee.

Lebih ramai selebriti akan diperkenalkan dalam Skuad Slebriti Shopee di masa akan datang. Untuk mendapatkan produk Skuad Selebriti Shopee ini, hanya buka aplikasi mudah alih Shopee dan tekan pada logo bintang Celebrity Squad. Atau layari shopee.com.my/m/Shopee-Celebrity-Squad



Shopee juga kini sedang menjalankan Kempen Cahaya Raya Shopee, bermula dari 3 Mei sehingga 17 Jun. Kempen ini menyediakan hadiah bernilai lebih RM1.5 juta menerusi pelbagai permainan dalam aplikasi.

Antaranya permainan Ketupat Raya yang menyediakan hadiah berupa Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV, sebuah Volkswagon Polo serta bermacam hadiah lain. Di samping itu, Shopee juga menawarkan syiling Shopee bernilai sehingga 28 juta unit menerusi permainan Duit Goncang yang berlangsung setiap hari pada setiap jam 5.00 pagi dan 7.00 malam.

Layari Shopee dari 24 hingga 27 Mei untuk menikmati tawaran terbaik sempena Hari Raya menerusi Jualan Kilat Shocking Sale Berganda (Upsized Shocking Sale) yang dilancarkan sebanyak lima kali sehari dan rebut baucar sepanjang kempen Beat the Clock Shopee.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Cahaya Raya Shopee, layari shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya.

Tags: ShopeeShopee Celebrity SquadSkuad Sleebriti Shopee
Najib

Najib

POPULAR

Skuad Selebriti Shopee sebahagian dari Kempen Cahaya Raya dengan hadiah RM1.5 juta

Skuad Selebriti Shopee sebahagian dari Kempen Cahaya Raya dengan hadiah RM1.5 juta

25 May 2018
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN