• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempahan awal Wiko View2 Pro bertakuk bulat eksklusif di 11street

  • OLEH Najib
  • 3:36 pm
  • 30/05/2018
  • Komen
Tempahan awal Wiko View2 Pro bertakuk bulat eksklusif di 11street
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar peranti dari Perancis, Wiko bekerjasama dengan 11street bagi melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Wiko View2 Pro. Jualan awal Wiko View2 Pro akan dibuat secara eksklusif di platform 11street.

Bermula dari 30 Mei hingga 11 Jun 2018, 11street akan menjadi platform tunggal untuk tempahan awal Wiko View2 Pro. Tempahan eksklusif di 11street ini akan turut memberikan hadiah percuma buat pembeli iaitu fon kepala Wiko WiShake, powerbank 15,000mAh dan pendrive OTG. Semua ini bernilai RM318.



Manakala harga untuk telefon pintar Wiko View2 Pro ini sendiri, telah ditetapkan pada RM999. Ia datang dalam dua warna, Emas dan Hitam.

Wiko View2 Pro adalah telefon pintar yang memiliki skrin bertakuk bulat ala Essential Phone. Skrin berukuran 6.0-inci ini memiliki nisbah 19:9 dan resolusi HD+.



Di dalam, ia dilengkapi cip pemproses Snapdragon 450, 4GB RAM dan 64GB storan dalaman. Dua kad sim atau satu kad sim dan satu kad mikroSD boleh dipasang padanya. Bateri pula sebesar 3,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Kamera belakangnya menggunakan dua lensa dan disusun menegak. Ia gabungan dwi-sensor 16MP F1.75 dengan satu lensa memiliki sudut lebar 120-darjah. Untuk kamera depan pula ia menggunakan sensor 16MP F2.0.

Pengimbas capjari terdapat di belakang View2 Pro, dan ia juga menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Kepada yang berminat, Wiko View2 Pro kini boleh mula ditempah di Stor Rasmi Wiko 11street. Jangan ketinggalan mendapatkan hadiah percuma bernilai RM318 dengan membuat tempahan selewatnya pada 11 Jun 2018.

Tags: 11streetView2 ProWikoWiko Malaysiawiko View2 pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tempahan awal Wiko View2 Pro bertakuk bulat eksklusif di 11street

Tempahan awal Wiko View2 Pro bertakuk bulat eksklusif di 11street

30 May 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN