Mi 8 Telefon Android Tercanggih Pernah Dihasilkan

Selepas Mi 6, Xiaomi melangkau angka 7 dan terus kepada 8 untuk menamakan flagship terbaru mereka sebagai Xiaomi Mi 8 bersempena tahun ke-8 kewujudan Xiaomi.

Terdapat tiga varian dalam keluarga Mi 8 diperkenalkan iaitu:

  • Xiaomi Mi 8
  • Xiaomi Mi 8 Explorer Edition
  • Xiaomi Mi 8 SE

Xiaomi Mi 8 & Mi 8 Explorer Edition

Mi 8 dan Mi 8 Explorer Edition memiliki ciri-ciri yang hampir sama. Mereka berkongsi komponen seperti penggunaan Snapdragon 845.

Varian biasa boleh dibeli dalam konfigurasi RAM 6GB beserta storan sehingga 256GB manakal Explorer edition boleh didapati dalam perisa 8GB RAM dan cuma storan setinggi 128GB.

Sebagai paparan, Xiaomi memberikan panel AMOLED sebesar 6.21″ pada mereka. Anda boleh menikmati gambar pada resolusi HD Penuh (2,248 x 1080) pada skrin kedua-dua telefon.\

Bahagian pengimejan turut menikmati kamera yang sama iaitu dwikamera 12MP yang menerima marka DxOMark setinggi 105.

Berswafoto pula boleh dilakukan menggunakan kamera swafoto 20MP yang menerima manfaat daaripada konsep “Pixel-binning” bagi melonjakkan keupayaannya mengambil selfie dalam keadaan yang malap.

Keuda-dua Mi 8 turut berbangga menjadi yang pertama menyokong dwiisyarat GPS dengan penggunaan cip baru daripada Broadcom. Pengguna boleh menikmati ketepatan sehingga sejengkal apabila bernavigasi.

Bezanya Explorer Edition dengan yang biasa adalah penggunaan pengimbas cap jari yang terbina dalam badannya. Xiaomi menjadi antara pelopor penggunaan telefon ini secara komersial selepas vivo dan Huawei.

Tidak terhenti setakat itu, ia adalah telefon Android pertama menggunakan pengimbas wajah 3D, teknologi yang sama digunakan Apple pada iPhone X mereka.

Tambah menarik, belakangnya dibina daripada materi kaca lutcahaya untuk memberikan kesan seakan lutsinar yang membolehkan komponen dalamannya dilihat.

Baterinya pula sedikit kecil berbanding Mi 8. Daripada 3,400mAh, kapasitinya dikecilkan kepada 3,000mAh.

Bagi Mi 8 biasa, pengimbas cap jarinya telretak pada bahagian belakang telefon.

Spesifikasi Mi 8 & Mi 8 Explorer Edition

Paparan6.21"
AMOLED
HD+ Penuh
PemprosesSnapdragon 845
RAM6GB
8GB (Explorer Edition)
Storan128GB
256GB (tiada untuk Explorer Edition)
Sistem OperasiMIUI 10
Android 8 Oreo
Kamera belakang12MP
12MP
Kemera depan20MP
Bateri3,400mAh (Mi 8)
3,000mAh (Explorer Edition)

Xiaomi Mi 8 SE

Telefon ketiga yang dilancarkan Xiaomi bersama-sama dua abang besarnya itu adalah Mi 8 SE. Ia ditujukan khas untuk pengguna berbajet kecil. Sungguhpun begitu, spesifikasi padanya tidaklah sekecil yang disangka.

Mi 8 SE adalah telefon pertama dunia yang menggayakan CPU Snapdragon 710, CPU berbaru yang memiliki seakan Snapdragon 835 tetapi menerima beberapa turun taraf untuk disesuaikan dengan bajet pengguna.

Diberikan panel paparan sedikit kecil, Mi 8 SE memperagakan panel AMOLED sebesar 5.88″ dengan resolusi HD Penuh 2244 x 1080.

Konfigurasi dwikamera turut digunakan pada telefon ini. Ia memliki kamera 12MP yang dipadankan bersama kamera 5MP sebagai kamera belakang. Di bahagian depan pula, anda boleh menemui kamera 20MP.

Telefon ini mengambil jus kuasa daripada bateri berkapasiti 3,120 mAh. Agak kecil berbanding kebiasaan tapi ia di-offset dengan kehadiran pengecasan pantas.

Spesifikasi Mi 8 SE

Paparan5.88"
AMOLED
HD+ Penuh
PemprosesSnapdragon 710
RAM4GB
6GB
Storan64GB
Sistem OperasiMIUI 10
Android 8 Oreo
Kamera belakang12MP
5MP
Kemera depan20MP
Bateri3,120mAh
Pengecasan Pantas

Harga

Mi 8 dan Mi 8 SE masing-masing akan mula dijual bermula 5 Jun dan 8 Jun ini. Untuk keas Explorer Edition pula, tiada tarikh khusus tentang penjualannya diumumkan walaupun untuk pasaran China.

Maklumat harga ketiga-tiga telefon ini adalah seperti berikut:

  • Mi 8 Explorer Edition – RMB 3,699 (RM 2,296)
  • Mi 8 – bermula RMB 2,699 (RM 1,675)
  • Mi 8 SE – bermula RMB 1,799 (RM 1,176)