• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pek permulaan Yes 4G LTE bagi data paling banyak

  • OLEH Najib
  • 5:02 pm
  • 01/06/2018
  • Komen
Pek permulaan Yes 4G LTE bagi data paling banyak
Share on FacebookShare on Twitter

Jika yang lain mengurangkan harga sempena GST 0%, Yes 4G hari ini mengumumkan penambahan data untuk pek permulaan sim 4G LTE mereka. Dari 500MB, kini ia hadir dengan 1GB data di dalam pek permulaan Sim Yes 4G LTE.

Pek permulaan sim Yes 4G LTE boleh dibeli dengan harga RM10, dan ia diisi dengan 1GB data 4G LTE untuk kegunaan 7 hari, RM5 kredit serta panggilan dan SMS percuma sesama talian Yes.



Yes 4G adalah satu-satunya telco di Malaysia yang menggunakan talian 4G sepenuhnya. Tetapi mereka menggunakan rangkaian TDD-LTE yang berbeza dari FDD-LTE yang biasa digunakan telco lain di Malaysia. Kebanyakan telefon pintar baru menyokong rangkaian TDD-LTE, tetapi semak juga telefon pintar anda tentang sokongan TDD-LTE sebelum membeli pek sim Yes 4G LTE.

Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba, Yes komited untuk mendermakan 10% dari setiap pembelian pek sim Yes 4G LTE pada bulan Jun dan Julai, ke badan kebajikan.



Promosi tambah nilai beli-satu-percuma-satu juga masih berjalan di Yes 4G, sehingga 30 Jun 2018. Dengan tambah nilai minima RM10, pengguna akan menerima dua kali ganda kredit. Contohnya tambah nilai RM30, akan menerima RM60 kredit dan boleh membeli sehingga 20GB data bulanan.

Dapatkan maklumat lanjut di laman web www.yes.my.

Tags: yes 4gyes 4g lte
Najib

Najib

POPULAR

Pek permulaan Yes 4G LTE bagi data paling banyak

Pek permulaan Yes 4G LTE bagi data paling banyak

1 June 2018
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN