• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SMS lebih canggih dengan kemaskini terbaru Android Messages

  • OLEH Najib
  • 4:57 pm
  • 19/06/2018
  • Komen
SMS lebih canggih dengan kemaskini terbaru Android Messages
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin SMS dilihat ketinggalan zaman tetapi ia masih diperlukan, terutama sekali untuk menerima nombor TAC bank atau sebagai kata kunci keselamatan tahap kedua. Google mahu menjadikannya lebih relevan dengan kemaskini terbaru aplikasi Android Messages.

Antara fungsi terbaru yang akan tiba di Android Messages adalah kebolehan menghubungkannya ke komputer, melalui laman web. Ini sama fungsi seperti WhatsApp Web. Pengguna buka laman web messages.android.com, imbas kod QR melalui aplikasi Android Messages di telefon dan ia sedia digunakan.



Buat masa ini kami masih belum dapat menggunakan Messages for Web. Ia dikatakan akan dikemaskini secara berperingkat dalam masa terdekat. Semak kemaskini Android Messages di Google Playstore.

Google mahu menjadikan Android Messages lebih interaktif dengan penggunaan stiker, emoji serta previu pautan. Selain itu, pengguna turut boleh menghantar animasi GIF. Ini sedikit sebanyak menyerupai Apple iMessages, sebuah aplikasi SMS dengan fungsi tambahan.



Pengguna Android Messages boleh membalas SMS lebih pantas dengan fungsi Smart Reply. Terdapat dalam Bahasa Inggeris untuk permulaan, ia akan mencadangkan balasan yang bersesuaian dengan apa yang diborakkan. Lebih banyak bahasa lain akan ditambah di masa depan.

Android Messages yang baru ini juga akan menjadikan proses menyalin nombor TAC atau pengesahan lebih mudah. Ia akan terus memberi butang pantas COPY agar ia boleh terus ditampal pada aplikasi yang memerlukan.

[Sumber: Google]

Tags: Android MessagesGoogleSMS
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
SMS lebih canggih dengan kemaskini terbaru Android Messages

SMS lebih canggih dengan kemaskini terbaru Android Messages

19 June 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN