• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

  • OLEH Mas Idayu
  • 5:51 pm
  • 09/09/2026
  • Komen
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 1 September 2026 lalu, Tribunal Pekerja Gig (TPG) Malaysia telah mendengar kes pertamanya yang melibatkan pekerja e-hailing dan syarikat pengangkutan gergasi tempatan GrabCar Sdn Bhd.

Menerusi perkongsian video oleh Kementerian Sumber Manusia yang dimuatnaik di laman X, ini merupakan kes pertama yang melibatkan seorang pekerja gig e-hailing dengan entiti kontrak yang merupakan penyedia platform iaitu GrabCar Sdn Bhd. Menurut hantaran berkenaan, kes tersebut telah didengar di pejabat Tenaga Kerja Kuching, Sarawak oleh Timbalan Presiden Tribunal Pekerja Gig, Suzarika Sahak.



Kes tersebut membangkitkan beberapa perkara antaranya adalah:

  • Penggunaan dan pengoperasian platform GrabCar
  • Saver trips
  • Insentif cashback
  • Advance booking

𝗞𝗘𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗧𝗥𝗜𝗕𝗨𝗡𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗚𝗜𝗚

Satu lembaran baharu dalam perlindungan pekerja gig di Malaysia!

Pada 1 September 2026, Tribunal Pekerja Gig (TPG) telah mendengar kes pertamanya melibatkan seorang pekerja gig e-hailing dengan GrabCar Sdn Bhd. pic.twitter.com/jWLSuhqTPX

— Kem. Sumber Manusia (@mykesuma) September 8, 2026

TPG bukan sekadar pendamai tetapi..

Kes tersebut ditetapkan pada tarikh lain untuk keterangan dan pemeriksaan lanjut saksi-saksi. Dalam pada itu, menerusi video perkongsian Kementerian Sumber Manusia di laman X turut menyatakan bahawa Tribunal Pekerja Gig turut mendengar isu berbangkit seperti:



  • Pertikaian akaun dinyahaktifkan atau digantung
  • Kehilangan pendapatan
  • Pengaktifan semula akaun
  • Isu perkhidmatan melalui platform
  • Pertikaian melibatkan pekerja gig yang tidak berasas platform
  • Isu tuntutan pembayaran bagi perkhidmatan yang telah dilaksanakan

Tribunal Pekerja Gig saluran alternatif mahkamah sivil

Untuk makluman, Tribunal Pekerja Gig (TPG) ditubuhkan di bawah Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) sebagai satu saluran lain selain mahkamah sivil untuk pekerja gig menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dengan entiti kontrak. Menjengah ke laman sesawang Tribunal Pekerja Gig, penubuhan TPG ini bertujuan menyelesaikan pertikaian dengan mudah, cepat dan berkesan selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Disamping itu, TPG berfungsi untuk mendengar, menimbang dan memutuskan tuntutan atau pertikaian yang berada dalam bidang kuasanya dan memberikan apa-apa award yang difikirkan adil dan wajar. Sekadar info, TPG tidak mempunyai bidang kuasa bagi kesalahan jenayah di bawah Akta 872 dan semua perkara di bawah Bahagian VIII Akta 872.

Apakah pekerja gig

Defenisi pekerja gig merujuk kepada individu yang memenuhi kriteria yang dinyatakan oleh Tribunal Pekerja Gig (TPG). Bagi yang kurang pencerahan tentang pekerja gig, tiga kriteria ini menjadi kayu ukur yang boleh dirujuk:

  • Warganegara: pekerja gig mestilah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia
  • Perjanjian perkhidmatan: membuat perjanjian perkhidmatan dengan entiti kontrak, sama ada penyedia platform atau perkhidmatan yang disenaraikan di bawah jadual Akta 872
  • Menerima pendapatan: pekerja gig haruslah menerima pendapatan atau bayaran bagi setiap perkhidmatan yang telah diberikan

Sekadar info, perkhidmatan yang disenaraikan di bawah jadual Akta 872 merangkumi industri lakonan, perfileman,muzik, estetik, terjemahan, kewartawanan, penjagaan atau rawatan sebelum dan selepas ibu bersalin, penjagaan orang tua dan pemulihan serta fotografi dan videografi.

Jika ada dikalangan anda melalui situasi isu berbangkit seperti yang dinyatakan diatas, boleh rujuk di laman TPG dan muat turun borang Tribunal Pekerja Gig. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh layari laman sesawang Tribunal Pekerja Gig.

Tags: E-HailingKementerian Sumber ManusiaTPGTribunal Pekerja Gig
Mas Idayu

Mas Idayu

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN