• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Guna Boost bayar parking serta dapatkan pas tonton Piala Dunia percuma

  • OLEH Najib
  • 8:31 pm
  • 20/06/2018
  • Komen
Guna Boost bayar parking serta dapatkan pas tonton Piala Dunia percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Boost, satu aplikasi dompet elektronik atau e-wallet buatan Malaysia, hari ini mengumumkan penambahan pelbagai fungsi baru. Bermula dari aplikasi untuk tambah nilai prabayar talian komunikasi, ia kini boleh melakukan lebih banyak perkara.

Boost kini memiliki lebih 2.5 juta pengguna serta lebih 25,000 peniaga dalam dan luar talian. Pengguna Boost bukan sahaja boleh membuat bayaran nirtunai terus dari telefon pintar, malah menerima pelbagai kelebihan seperti diskaun dan tunai kembali.



Antara fungsi baru yang akan diperkenalkan adalah seperti pembayaran letak kereta DBKL menggunakan Boost. Selain itu, pengguna Boost juga boleh membayar pelbagai bil utiliti seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas. Pengguna akan menerima ganjaran dengan cara menggoncang telefon (shake reward)

Sempena Hari Raya, Boost kini menawarkan cara mudah untuk memberi duit raya, secara digital. Pengguna Boost boleh memberi duit raya kepada sesiapa sahaja dengan mudah dan pantas, menggunakan Boost. Penghantar hanya perlu menaip nombor telefon penerima duit raya, pilih amaun dan tekan Send. Jika penerima tidak memiliki akaun Boost, mereka akan menerima SMS untuk mendaftar akaun Boost, kemudian menerima duit raya tersebut.



Bagi memeriahkan lagi pemberian Duit Raya ini, Boost mengadakan peraduan Duit Raya Challenge. Pengguna Boost boleh menghantar duit raya kepada rakan yang tidak pernah menggunakan Boost, dan akan menerima 2 sampul raya digital yang mengandungi amaun rawak sehingga RM10, jika rakan tersebut mendaftar akaun Boost. Cara-caranya boleh disemak di sini.

Demam Piala Dunia turut melanda Boost. Tetapi Boost menjadikannya sebagai hadiah buat pengguna. Setiap hari, Boost akan memberikan pas menonton perlawanan Piala Dunia secara percuma. Pengguna boleh menebus pas ini untuk menonton Piala Dunia 2018 secara langsung di Astro GO. Hanya 100 pas diberikan setiap hari, dan ia boleh digunakan untuk menonton perlawanan dalam masa 24 jam selepas diaktifkan.

Selain itu, Boost juga mengadakan pertandingan Boost Cup 2018. Pengguna berpeluang untuk meneka pemenang untuk setiap perlawanan Piala Dunia setiap hari sebelum perlawanan bermula. Hadiah berjumlah RM90,000 disediakan untuk pertandingan ini, sebahagiannya boleh dimenangi dengan menjadi peneka pemenang perlawanan Piala Dunia paling tepat. Semak terma dan syarat peraduan di sini.

Orang ramai juga boleh membuat derma kepada badan kebajikan terpilih melalui Boost, ini termasuk Tabung BERSAMAMU oleh Media Prima dan juga Tabung Harapan. Sebagai tambahan, setiap 10 tebusan ganjaran melalui shake reward, Boost akan menderma RM1 ke Tabung Harapan. Ia akan dijalankan sehingga penghujung bulan Syawal.

Belum ada e-wallet Boost? Jom sertai masyarakat nirtunai dan mulakan langkah pertama anda dengan muat turun aplikasi Boost di Apple Appstore atau Google Playstore sekarang. Masukkan kod mohofog bila mendaftar dan anda boleh menerima RM5 tunai kembali jika membuat tambah nilai prabayar RM10.

Tags: BoostDompet elektronike-dompete-walletPiala DuniaWorld Cup
Najib

Najib

POPULAR

Guna Boost bayar parking serta dapatkan pas tonton Piala Dunia percuma

Guna Boost bayar parking serta dapatkan pas tonton Piala Dunia percuma

20 June 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER