• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini Adalah Tablet Android 2018 Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:51 pm
  • 25/06/2018
  • Komen
Ini Adalah Tablet Android 2018 Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
Share on FacebookShare on Twitter

Dinihari, semakin kurang pengeluar memperkenalkan tablet Android, apatah lagi yang berbaloi untuk dimiliki. Tahun lepas, kami ada reviu Lenovo Tab 4 10 Plus yang dilancarkan penghujung tahun 2017.

Untuk tahun ini, sekurang-kurangnya di China, Mi Pad 4 yang baru saja dilancarkan ini adalah tablet Android terbaik untuk tahun 2018 jika diamati pada helaian spesifikasi dan tanda harga yang dimilikinya.



Membeli tablet ini, anda menerima sebuah tablet sebesar 8″ dengan paparan beresolusi HD Penuh dalam nisbah 16:10.

Perubahan yang paling ketara berlaku boleh dilihat pada papan utamanya. Meninggalkan MediaTek bersama-sama Mi Pad 3, Mi Pad 4 menggayakan Snapdragon 660 bersama-sama RAM sehingga 4GB serta storan sehingga 64GB.



Ia adalah satu berita baik kerana pastinya tablet ini bakal popular dalam kalangan gamers mudah alih dek CPU berprestasi tinggi itu lebih-lebih lagi dengan kehadiran bateri 6,000mAh.

Tidak pula diketahui sama ada tablet ini menyokong pengecasan pantas atau tidak.

Satu lagi berita baik buat peminat tablet ini. Pertama kali dalam sejarah tablet Xiaomi, Mi Pad 4 akhirnya dilengkapi fungsi LTE dan GPS.

Tidak ketinggalan jua adalah sepasang kamera yang menghiasi depan dan belakang tablet. Pada bahagian belakang, anda boleh menemui kamera sekuasa 13MP manakala pada bahagian depan pula, kamera 5MP boleh digunakan untuk berswafoto.

Harga varian Mi Pad 4 di China adalah seperti berikut:

  • RAM 3GB + storan 32GB WiFi RMB 1,099 (RM 675)
  • RAM 4GB + storan 64GB WiFi RMB 1,399 (RM 860)
  • RAM 4GB + storan 64GB WiFi+LTE RMB 1,499 (RM 921)

Masalahnya, selain Mi Pad generasi 1, Xiaomi tidak pernah memasarkan tablet mereka di sini secara rasmi. Harapnya set rasmi akan memasuki Malaysia secepat mungkin.

Speasifikasi Xiaomi Mi Pad 4

Attention: The internal data of table “68” is corrupted!
Tags: harga xiaomi mi pad 4mi pad 4 malaysiapelancaran xiaomi mi pad 4review xiaomi mi pad 4spesifikasi xiaomi mi pad 4tempahan xiaomi mi pad 4xiaomi mi pad 4xiaomi mi pad 4 malaysiaxiaomi mi pad 4 murah
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Ini Adalah Tablet Android 2018 Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

Ini Adalah Tablet Android 2018 Paling Berbaloi Untuk Dimiliki

25 June 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN