• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Jualan perabis gudang Machines kembali dengan peranti Apple lebih murah dari biasa

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 27/06/2018
  • Komen
Jualan perabis gudang Machines kembali dengan peranti Apple lebih murah dari biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Machines adalah salah satu pengedar rasmi produk Apple di Malaysia. Seperti beberapa kali sebelum ini, Machines akan mengadakan jualan perabis gudang dan kali ini ia bertempat di Petaling Jaya.

Orang ramai boleh menjangkakan produk Apple dengan harga yang lebih murah dari biasa. Selain produk baru yang mahu dijual sampai habis, Machines turut menjual produk demo dan terpakai.



Jualan perabis gudang Machines ini akan dibuat di pusat beli-belah Jaya One, bertempat di aras P2. Jualan ini akan dibuka khas buat ahli Machines+ sahaja pada hari Khamis, 28 Jun 2018 sebelum dibuka kepada orang ramai pada hari Jumaat dan Sabtu ini, 29-30 Jun 2018. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Sebagai jualan perabis gudang, unit yang dijual adalah terhad dan selagi stok masih ada. Machines akan menerima pembayaran dalam bentuk tunai serta kad debit & kredit AMEX, Mastercard dan VISA.



Perlu diingatkan, jualan ini hanya diadakan di Machines Jaya One sahaja, tidak di cawangan yang lain. Untuk produk demo, setiap pembeli hanya boleh membeli satu unit sahaja.

Berikut adalah beberapa produk dan harganya yang akan dijual oleh Machines di Jualan Perabis Gudang pada 28-30 Jun ini, di Jaya One, Petaling Jaya. Antara produk yang boleh dibeli adalah seperti iPad 9.7 dari RM646 dan iPhone 6s Plus dari RM1,680.

Sudah pasti produk demo menyaksikan diskaun lebih besar seperti monitor Apple Thunderbolt 27-inci berharga RM1,462 (harga asal RM2,923) dan iPhone 7 128GB berharga RM1,533 (harga asal RM3,066). Senarai ini nampak sedikit berbanding jualan gudang Machines sebelum ini. Harapnya lebih banyak produk akan dijual nanti.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Machines Warehouse Sale 2018.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: Apple MurahJualan Perabis Gudang Machinesmachinesmachines malaysiaMachines WareHouse Sale
Najib

Najib

POPULAR

Jualan perabis gudang Machines kembali dengan peranti Apple lebih murah dari biasa

Jualan perabis gudang Machines kembali dengan peranti Apple lebih murah dari biasa

27 June 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN