• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai

  • OLEH Najib
  • 7:42 pm
  • 28/06/2018
  • Komen
7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda, Apple menyaman Samsung kerana mereka mendakwa Samsung meniru beberapa paten di iPhone? Saman ini difailkan Apple pada tahun 2011 di mahkamah Amerika Syarikat 7 tahun yang lepas dan kini ia menemui jalan penamat.

Sebulan yang lepas, mahkamah telah mengarahkan Samsung untuk membayar Apple sebanyak USD539 juta (~RM 2.18 bilion). Apple baru-baru ini telah memaklumkan kepada mahkamah, mereka telah membuat penyelesaian sesama sendiri dalam bentuk yang tidak dijelaskan kepada umum.



Setelah sekian lama, kejayaan telah berpihak kepada Apple. Dalam kenyataan rasminya, Apple memaklumkan mereka tidak pernah memandang nilai wang ringgit dalam saman ini. Sebaliknya ia adalah usaha Apple untuk mempertahankan kerja keras mereka dalam mencipta inovasi teknologi.

Dalam saman ini, Apple mendakwa Samsung telah meniru fungsi iPhone seperti rekaan skrin hitam dengan bingkai bulat, barisan ikon berwarna-warni serta fungsi tap-to-zoom (tekan untuk zum).



Pada awalnya, juri mengarahkan Samsung membayar gantirugi sebanyak USD1 bilion, sebelum ia memihak sementara kepada Samsung dan akhirnya diarahkan untuk membayar sebanyak USD539 juta ini.

Selain saman ini, Apple dan Samsung turut bertarung dalam pelbagai kes saman lain, antaranya yang dimenangi Apple tahun lepas, berkaitan paten slide-to-unlock (sapu untuk buka kunci) di mana Samsung membayar gantirugi sebanyak USD120 juta (~RM485 juta).

Mengenang kembali kewujudan awal iPhone dan kemudiannya pelbagai telefon pintar Android, dapat dilihat hampir tiada lagi revolusi dalam rekabentuk dan fungsi telefon pintar. Selain menjadi kamera mudah alih yang berhubung ke internet.

Apakah inovasi di dalam telefon pintar yang anda rasakan menjadi salah satu titik penting dalam sejarah? Dompet elektronik seperti Alipay yang popular di China?

[Sumber: TheVerge]

Tags: appleMahkamahSaman AppleSaman Samsungsamsung
Najib

Najib

POPULAR

7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai

7 tahun persengketaan Apple dan Samsung kini selesai

28 June 2018
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN