• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SOCAR lancar pandu sehala ke KLIA dan pas percutian YOLO

  • OLEH Najib
  • 5:16 pm
  • 10/07/2018
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Servis perkongsian kereta SOCAR, hari ini membuat dua pengumuman bagi pengguna di Malaysia. Pertamanya berkenaan pemanduan sehala ke lapangan terbang dan kedua adalah YOLO Pass.

Jika anda pernah menggunakan kereta SOCAR, di mana anda mengambil kereta tersebut maka di situ jugalah harus ia dipulangkan. Tetapi dengan servis One-Way, ia membolehkan pengguna memandu kereta ke lapangan terbang KLIA/KLIA2 dan meninggalkannya di sana.



Tetapi ia tidak terdapat di semua tempat. Harus mendapatkannya di tempat tertentu yang memiliki tanda ‘One-Way‘ sahaja.

Apabila sudah memilih kenderaan, pengguna akan dicaj harga biasa bersama caj One-Way sebanyak RM50. Biasanya perjalanan dari Kuala Lumpur ke KLIA mengambil masa sejam. Jadi kalau ambil Honda City, maka caj yang dikenakan adalah RM14.90 + RM50 = RM64.90. Untuk Honda HRV pula, RM17 + RM50 = RM67.



Tetapi jangan lupa, SOCAR memberi petrol percuma sejauh 30km sahaja untuk setiap jam sewaan. Kalau jarak perjalanan anda lebih dari 30km, maka perlu membayar tambahan RM0.25 setiap kilometer. Tol juga harus dibayar sendiri oleh pengguna.

Bila tiba di KLIA/KLIA2, letak kenderaan di tempat yang sesuai dan tinggalkan token parking di dalam kereta dan nyatakan tempat anda meletak kenderaan di dalam ruangan komen.

Untuk pengguna dari KLIA/KLIA2 pula, anda boleh menggunakan servis ini secara percuma. Anda hanya perlu membayar kadar meletak kenderaan (maksima 4 jam). Cuma, kereta itu perlu dipulangkan di tempat asal ia diambil. Jadi, hanya boleh ambil apa yang ada sahaja.

Bagi menarik minat lebih ramai orang untuk menggunakan SOCAR, mereka turut melancarkan YOLO Pass. Bermula bulan Julai 2018, SOCAR akan memilih secara rawak seorang pengguna dan memberikan mereka peluang sekali seumur hidup untuk ke tempat percutian secara spontan. Mereka hanya ada masa seminggu untuk menerima pas ini.

Jika bersetuju untuk menerimanya, pengguna akan diberikan tiket penerbangan ke lokasi misteri. Ia mungkin di Siem Reap, Bali atau pantai Pulau Phi-Phi di hujung minggu. Semua ini dilakukan atas semangat YOLO (You Live Only Once).

Semua pengguna SOCAR layak menyertai cabutan bertuah YOLO Pass ini. Hanya pastikan anda menggunakan SOCAR pada bulan tersebut. Pemenang bertuah akan diumumkan pada hari Jumaat pertama bulan seterusnya, dan dihubungi melalui SMS, panggilan atau emel. Pas itu kemudiannya harus digunakan sebelum hujung bulan.

SOCAR kini memiliki 460 kereta di Lembah Klang dan mensasarkan untuk menyediakan lebih 1,000 kereta dalam masa 6 bulan akan datang. Antara model kereta yang dimiliki SOCAR adalah Perodua Axia, Honda City, Toyota Corolla Altis, Honda HRV, Mini Cooper, BMW 330e dan banyak lagi.

SOCAR adalah perkhidmatan sewa kereta di dalam aplikasi sepenuhnya. Anda tidak memerlukan kunci kereta, kerana ia dikawal menggunakan aplikasi. Jika anda belum pernah mencuba SOCAR, anda boleh muat turun aplikasi SOCAR dan mendaftar di sini.

Tags: SOCARSOCAR MalaysiaSOCAR One-WaySOCAR YOLO PassYOLO Pass
Najib

Najib

POPULAR

SOCAR lancar pandu sehala ke KLIA dan pas percutian YOLO

10 July 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN