• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 6 berwarna putih sutera tiba di pasaran Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 11/07/2018
  • Komen
OnePlus 6 berwarna putih sutera tiba di pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Akhirnya warna putih bagi OnePlus 6 boleh mula dibeli di Malaysia. OnePlus 6 sebelum ini hadir dengan warna Mirror Black dan Midnight Black dan kini ditawarkan pula dalam warna Silk White di Malaysia.

Bagaimanapun hanya satu varian yang terdapat untuk warna putih ini, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman pada harga RM2,799. Jika mahu storan lebih kecil 64GB (RM2,399) atau storan lebih besar 256GB (RM3,099), ia hanya terdapat di dalam warna hitam.



Warna putih pada OnePlus 6 menggunakan kemasan matte yang diselaputi mutiara, dengan bingkai besi berwarna emas. Warna Emas ini turut digunakan pada bingkai kamera belakang serta di pengimbas capjari.

Selain RAM dan storan, spesifikasi OnePlus 6 Silk White ini adalah sama dengan yang lain. Ia memiliki skrin AMOLED bertakuk seluas 6.28-inci, resolusi FHD+ dengan nisbah 19:9 dan dikuasakan cip pemproses Snapdragon 845.



Kamera belakangnya dipasang dwi-sensor 16MP + 20MP dikuasakan OIS dan apertur F/1.7, serta sensor 16MP F/2.0 untuk swafoto di hadapan. Baterinya berkapasiti 3,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 5V/4A (20W) melalui USB-C.

Semua varian OnePlus 6 boleh didapati menerusi pengedar OnePlus di seluruh Malaysia, atau dalam talian di Stor OnePlus di Lazada.

Tags: OnePlusoneplus 6oneplus 6 malaysiaOnePlus 6 PutihOnePlus 6 Silk WhiteOnePlus Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 6 berwarna putih sutera tiba di pasaran Malaysia

OnePlus 6 berwarna putih sutera tiba di pasaran Malaysia

11 July 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN