Laman unifi Sesak, Pengguna Unifi Berpusu Mohon Naik Taraf Percuma Pelan Internet

Hari ini, mengakses laman web Unifi berasa seperti anda sedang memburu tiket penerbangan tambang murah. Sejak awal pagi tadi, saya masih gagal mendapatkan keputusan sama ada akaun unifi saya layak untuk menerima naik taraf percuma yang digembar-gemburkan tempoh hari.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sahabt yang berjaya menyusup masuk ke laman itu dan berjaya hingga ke penamat.

Sementara menunggu giliran untuk masuk ke laman web itu, ini adalah rupanya.

Anda akan menerima jangkaan bilakah naik taraf itu akan dijalankan, tetapi tidak pula dimaklumkan berapakah kelajuan Internet yang bakal anda nikmati kelak. Hal ini kerana, pengguna yang layak naik taraf sehingga 800Mbps mungkin tidak boleh merasainya sekiranya kawasan kediaman mereka infrastrukturnya tidak menyokong kelajuan setinggi itu.

Tedahulu pada 12 Julai 2018, TM mengumumkan sejumlah penambahbaikkan yang bakal dijalankan mereka pada landskap Internet negara. Antaranya adalah:

  • Naik taraf percuma kelajuan Internet penggunanya tanpa sebarang pertambahan komitmen untuk pengguna unifi dan Streamyx
  • Pengenalan pelan Internet asas termurah untuk golongan B40 ataupun berpendapatan kurang dari RM4,500
  • Pengguna diluar kawasan servis unifi & Sreamyx mampu menikmati sambungan Internet melalui unifi wireless broadband.

Untuk memeriksa sama ada anda layak menerima naik taraf percuma itu, pergi saja ka laman web unifi ini.

BACA  Benar telahan kami, jualan kilat ASUS Zenfone 5z diteruskan... Lebih Murah