• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nampak jelas rupa Galaxy Note9 yang masih belum dilancarkan

  • OLEH Najib
  • 3:25 pm
  • 18/07/2018
  • Komen
Nampak jelas rupa Galaxy Note9 yang masih belum dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah memaklumkan akan melancarkan siri Galaxy Note terbaru mereka pada 9 Ogos 2018. Samsung memberi petunjuk, peranti baru ini akan tampil dengan S-Pen yang lebih canggih dari sebelumnya.

Beberapa perkara tentang Galaxy Note9 telah terbocor di internet tetapi terdapat satu gambar yang menunjukkan rupanya dengan sangat jelas, bahagian depan dan belakang.



Dalam satu tweet yang telah dipadam (khabarnya Samsung meminta ia dipadam), ia menayangkan gambar skrin depan yang sedikit retak, dan bahagian belakang telefon tersebut. Dapat dilihat dengan jelas, pengimbas capjari fizikal terdapat di bawah dwi-kamera belakang.

Bahagian depan Galaxy Note dilihat sangat serupa seperti Galaxy Note8, dengan paparan Infinity Display melengkung di kedua belah sisi. Di belakang, dwi-kameranya dijangka sama seperti Galaxy S9+, dengan apertur pelbagai dan zum optikal 2x.



S Pen? pic.twitter.com/xizmWw9J2W

— Evan Blass (@evleaks) July 17, 2018

Gambar Galaxy Note9 yang terbocor ini selari dengan gambar yang dikongsi oleh Evan Blass, yang sering berkongsi gambar terbocor. Ia menunjukkan S-Pen berwarna kuning di samping Galaxy Note9 berwarna biru.

Jika anda berniat untuk membeli Galaxy Note9 nanti, bersiap sedia selepas majlis pelancarannya pada 9 Ogos nanti. Kami jangka tempahan awal akan diumumkan pada hari yang sama berdasarkan sejarah yang lepas, kerana Malaysia sering dipilih negara terawal penjualan peranti Samsung Galaxy.

Tags: Galaxy Note9samsungSamsung Galaxy Note9
Najib

Najib

POPULAR

Nampak jelas rupa Galaxy Note9 yang masih belum dilancarkan

Nampak jelas rupa Galaxy Note9 yang masih belum dilancarkan

18 July 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN