• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi A2 dan Mi A2 Lite generasi kedua Android One dari Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 8:22 pm
  • 24/07/2018
  • Komen
Mi A2 dan Mi A2 Lite generasi kedua Android One dari Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas penuh berteka-teki adakah dua lebih baik dari satu, Xiaomi hari ini mengadakan majlis pelancaran pertama mereka di Eropah. Mi A2 dan Mi A2 Lite dilancarkan dalam satu majlis di kota Madrid, Sepanyol.

Ini adalah langkah kedua Xiaomi menghasilkan telefon pintar Android One, selepas memperkenalkan Mi A1 tahun lepas. Menurut statistik oleh Counterpoint, Mi A1 termasuk dalam 10 telefon pintar paling popular di seluruh dunia.



Dengan pengiktirafan Android One, Mi A2 dan Mi A2 dijamin akan menjadi yang terawal menerima kemaskini Android P tidak lama lagi. Selain itu, ia juga menikmati beberapa keistimewaan seperti salinan gambar bersaiz penuh ke Google Photos tanpa had.

Mi A2

Xiaomi mengemaskini banyak perkara pada Mi A2. Paling ketara boleh dilihat dari penggunaan skrin yang lebih lebar, berukuran 5.99-inci dalam nisbah 18:9, resolusi HD Penuh+ dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5. Menariknya, Mi A2 tidak menggunakan takuk tetapi ini menjadikan bingkai di atas agak besar.



Dalamannya, Mi A2 menggunakan cip kelas pertengahan lebih berkuasa, Snapdragon 660 bersama RAM LPDDR4X sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Bateri sebesar 3,010mAh dimuatkan di dalamnya yang boleh dicas melalui USB-C.

Badan Mi A2 agak nipis, diperbuat dari besi sepenuhnya dengan ketebalan hanya 7.3mm. Ia tampil dalam tiga pilihan warna: Hitam, Emas dan warna yang popular untuk Xiaomi kebelakangan ini, Biru. Pengimbas capjari terletak di belakang badan Mi A2. Satu kekurangannya yang sudah menjadi norma, adalah ketiadaan port audio 3.5mm.

Bahagian fotografi menerima kemaskini yang agak tinggi. Dwi-sensor kamera belakang kini menggunakan gandingan sensor 12MP F1.75 dan 20MP F1.75, salah satu darinya memiliki piksel 1.25-mikron dan satu lagi diperkasa Super Pixel 2-mikron. Ini boleh menghasilkan gambar yang lebih cerah.

Kamera hadapan pula menggunakan sensor 20MP juga dikuasakan Super Pixel. Ia ditambah lagi dengan teknologi AI untuk kecantikan serta mod potret yang menarik. Kamera hadapan ini juga memiliki LED untuk lebih kecerahan di suasana malap.

Xiaomi mengumumkan tiga model untuk Mi A2 dengan harga di Eropah seperti berikut:

  • 4GB RAM + 32GB storan – EUR249 (~RM1,183)
  • 4GB RAM + 64GB storan – EUR279 (~RM1,325)
  • 6GB RAM + 128GB storan – EUR349 (~RM1,658)

Mi A2 Lite

Tidak salah sebenarnya jika mahu mengatakan Mi A2 Lite adalah jelmaan semula Mi A1. Ini kerana ia memiliki banyak persamaan di antara keduanya. Tetapi ia jelas boleh dibezakan kerana Mi A2 Lite memiliki skrin lebar berukuran 5.84-inci, resolusi HD Penuh+ dalam nisbah 19:9 dan bertakuk di atas.

Persamaannya ketara apabila dilihat di dalam seperti penggunaan cip Snapdragon 625, RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB.

Kelebihan utama Mi A2 Lite adalah pada baterinya yang berkapasiti 4,000mAh tetapi dicas melalui port mikroUSB. Katanya bateri ini boleh bertahan sehingga 2 hari.

Susunan kameranya pula adalah dwi-lensa 12MP+5MP di belakang, dan 5MP untuk kamera hadapan.

Mi A2 Lite juga berbadan besi, dengan pengimbas capjari terletak di belakang dan hadir dalam 3 pilihan warna iaitu Hitam, Emas dan Biru.

Hanya terdapat dua model untuk Mi A2 Lite dan ia akan dijual di Eropah dengan harga berikut:

  • 3GB RAM + 32GB storan – EUR179 (~RM850)
  • 4GB RAM + 64GB storan – EUR229 (~RM1,088)

Harga di Eropah memang lebih mahal dari Malaysia, jadi kita boleh jangka Mi A2 dan Mi A2 Lite yang lebih murah di Malaysia dari anggaran harga di atas. Malaysia termasuk dalam pasaran yang akan menerima Mi A2 dan Mi A2 Lite ini tetapi masih belum dimuktamadkan tarikhnya. Kami jangka, ia mungkin akan tiba sekitar bulan Ogos nanti. Sama-sama kita nantikan.

Tags: mi a2Mi A2 Litexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi A2 dan Mi A2 Lite generasi kedua Android One dari Xiaomi

Mi A2 dan Mi A2 Lite generasi kedua Android One dari Xiaomi

24 July 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER