5 Hujah Mengapa Anda Perlu Miliki Mavic Air Sebagai Dron Pertama

Dron adalah sebuah gajet yang semakin mudah diakses pengguna. Jika dulunya teknologi ini dilihat hanya untuk sang professional, DJI telah membuka peluang kepada marhaen seperti kita mendapatkan hasil seakan pro hanya dengan menekan butang.

Namun begitu, dron bukanlah sesuatu yang murah. Mana taknya, anda membiarkan mesin berharga ribuan ringgit terbang dengan keyakinan bahawa ia berfungsi seperti yang diiklankan.

Maka memilih dron pertama adalah perkara yang amat penting kerana anda tidak mahu menebuk lubang yang besar pada poket dan pada masa yang sama tidak mahu memiliki dron yang terlalu cikai sehingga tidak memberi hasil seperti yang diharapkan.

Mavic Air adalah dron terbaru hasilan DJI yang menggabungkan manfaat daripada dua dron sebelumnya iaitu Mavic Pro dan Spark. Sebelum kehadiran Mavic Air, Spark adalah calon terbaik untuk menjadi dron pertama anda tapi dengan kehadiran Mavic Air, landskap dron amertur telah berubah sama sekali.

Ini adalah 5 sebab mengapa Mavic Air amat cocok untuk jadi dron pertama anda.

1. Mobiliti Lebih Tinggi Berbanding Spark

Sungguhpun DJI Spark adalah antara dron yang terkecil pernah dihasilkan DJI dan lebih kecil berbanding Mavic Air, tapi lengan kipasnya tidak boleh dilipat. Maka, semasa disimpan, Spark memakan lebih banyak ruang berbanding Mavic Air.

Hal ini kerana, keempat-empat lengan kipas pada Mavic Air boleh dilipad untuk memakan ruang penyimpanan seminimum mungkin.

Sebuah Spark memiliki isipadu sebanyak 1,124,695 mm³ manakala Mavic Air dalam keadaan terlipat hanya menggunakan 683,256 mm³ ruang ataupun 40% lebih kurang.

2. Hadir Bersama Alat Kawalan

Ramai pastinya melihat DJI Spark sebagai dron pertama dek harganya yang murah. Tapi pakej stand alone tidak didatangkan bersama alat kawalan dan mereka terpaksa membelinya secara kombo.

BACA  Internet 1Gbps di ViewQwest serendah RM148 sebulan

Mengawal DJI Spark menggunakan telefon amatlah terhad. Bukan sahaja terpaksa menggunakan skrin sesentuh dan pada masa yang sama anda perlu beri perhatianpada dron yang sedang terbang, tapi jarak operasi menggunakan sambungan terus ke telefon amatlah terhad.

Maka, sebuah alat kawalan dedikasi amatlah disarankan sekiranya anda ingin memaksimumkan potensi dron anda dan Mavic Air didatangkan bersama alat kawalan walaupun anda membeli kombo standard.

3. Waktu Penerbangan Lebih Lama

Mavic Air memiliki kapasiti bateri hampir 40% lebih besar berbanding Spark. (2,375 mAh vs 1,480 mAh). Ia diterjemahkan kepada waktu penerbangan yang lebih lama.

Dalam keadaan tiada angan, Mavic Air memberikan waktu operasi sehingga 21 minit lamanya berbanding 16 minit pada Spark.

Anda juga perlu mamasukkan faktor seperti masa yang diambil untuk berlepas dan mendarat. Maka, waktu bersih penggunaan dron mungkin lebih singkat pada kedua-dua dron.

Oleh sebab itu, dron yang memiliki waktu operasi lebih panjang adalah lebih baik.

4. Lebih Selamat Untuk Diterbangkan

Antara Spark, Mavic Air, dan Mavic Pro, sistem keselamatan pada Mavic Air adalah yang paling canggih. Senang cerita, dron ini adalah yang paling susah diterhempaskan berbanding yang lain.

Sensor depan

Sensor belakang

Sensor bawah

Ini dimungkinkan dengan kehadiran sejumlah sensor pengesan halangan pada dron ini. Ia boleh mengesan objek yang menganggu laluan di depan, di bawah, dan di belakang. Dua dron yang terdahulu hanya mempunyai sistem pengesan depan dan belakang.

5. Beri Nilai Terhebat

Mavic Air paling murah yang anda boleh beli adalah pada harga RM3,099, Spark RM2,299 manakala Mavic Pro berharga RM3,599 dengan 2 bateri ekstra.

Walaupun Spark adalah yang paling murah, anda tidak menerima alat kawalan khas dan terpaksa mengawal menggunakan telefon. Tambahan pula sistem kamera pada Spark agak kurang padu berbanding Mavic Air.

BACA  Apple Store kedua Asia Tenggara akan dibuka di Iconsiam

Mavic Air mampu merakam sehingga 4K UHD manakala Spark merakam dalam resolusi HD Penuh.

Tapi, kenapa anda tak angkat Mavic Pro yang mampu rakam 4K CHD?

Berbanding 4K UHD (3840×2160), 4K CHD (4096×2160) hanyalah kira-kira 7% perbezaan piksel antara satu sama lain. Jika anda korbankan 7% itu, anda akan terima sebuah dron dengan ciri keselamatan yang paling canggih.

Maka, saya tak teragak-agak mengatakan Mavic Air berikan lebih nilai pada apa yang anda belanjakan.

Kesimpulan

DJI Mavic Air adalah sebuah dron yang memiliki semua yang perlu ada pada sebuah dron amatur dan keupayaan yang dimilikinya boleh menjadi jambatan kepada dunia dron yang lebih professional seperti Phantom dan Inspire.

Hal ini kerana, ia adalah dron yang mudah dikawal dan sarat dengan ciri-ciri professional yang dipermudah agar anda yang baru berjinak dengan dron boleh mencapai hasil berkualiti tinggi.

Segala-gala yang ada pada Fly More Combo

Mavic Air dijual pada harga serendah RM3,300 untuk pakej standard. Untuk pakej Fly More Combo, harga saranannya adalah RM4,055. Dalam pakej itu, anda akan beroleh perkara seperti:

  • 2 bateri tambahan
  • 1 set kipas
  • hab pengecas
  • beg kembara

Dapatkan produk DJI melalui laman dalam talian Lazada ataupun melalui mengedar sah di seluruh negara.

This video was shot using the Mavic Air and edited using DJI Go 4 app.

This is an impressive drone. Super easy to fly, good camera performance, lots of smart features that make completed shots easy to do and it has adequate battery time.

If you're considering of getting a Mavic Air, now is a good time to buy one. Recommended retail price for the Fly More Combo is RM4,055 but you can get it for RM3,250 at KLDSLR.

For more on the Mavic Air:
https://www.soyacincau.com/tag/dji-mavic-air/

Posted by SoyaCincau.com on Tuesday, 24 July 2018