• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

3 Sebab Mengapa Anda Perlukan Bluetooth Receiver

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:38 pm
  • 30/07/2018
  • Komen
3 Sebab Mengapa Anda Perlukan Bluetooth Receiver
Share on FacebookShare on Twitter

Teknologi Bluetooth kini bukan lagi digunakan khas untuk menjawab panggilan. Sewaktu awal pengenalannya, ia hanya digunakan untuk panggilan telefon kerana panggilan telefon tidak mementingkan kualiti bunyi, sebaliknya hanya ketekalan sambungan serta kejelasan suara diambil kira.

Tapi setelah beberapa generasi Bluetooth berlalu, kualiti audio yang boleh disampaikan telah ditambah baik sehinggakan sempadan perbezaan kualiti audio yang dipancar secara Bluetooth ataupun analog semakin halus. Ia dipacu oleh pengenalan beberapa piawaian audio seperti AptX, Hi-Res Audio, dan sebagainya.



Dalam artikel ini, saya bentangkan tiga sebab mengapa Bluetooth receiver adalah gajet yang perlu anda miliki untuk menaik taraf pengalaman audio anda.

1. Audio dalam kereta

Perkhidmatan penstriman audio digital kini semakin menggantikan radio FM sebagai tempat pengguna mendengar muzik. Spotify misalnya, membolehkan kita mencari muzik yang ingin kita dengari tidak kira masa dan tempat, tak perlu lagi menelefon konti radio untuk minta lagu kegemaran.



Tapi mendengar Spotify secara loudspeaker bukanlah pengalaman yang ideal. Bukan saja ia membazir bateri, kualiti audio juga tidak sebaik jika mendengar melalui speaker kereta.

Dalam kes ini, Bluetooth receiver memainkan peranan untuk mengalirkan audio daripada telefon ke speaker telefon. Ada dua jenis Bleutooth receiver yang boleh anda gunakan iaitu:

  • Receiver + audio out
  • Receiver + FM transmitter

Receiver dengan Aux out

Aux out daripada receiver disambungkan ke Aux in kereta

Receiver dengan fungsi pemancar FM

Receiver terima isyarat daripada telefon dan pancarkan dalam bentuk gelombang FM

Jenis yang pertama adalah jenis yang akan menerima audio daripada telefon dan alirkan isyarat tadi masuk ke port auxliry yang ada pada radio FM kereta.

Jenis yang kedua pula akan memancarkan semula isyarat audio dalam gelombang FM sebelum diterima radio FM kereta dengan syarat frekuensi pemancar dan penerima adalah serupa.

Kelemahan jenis FM transmitter adalah jika anda berada dalam kawasan dengan isyarat radio komersial terlalu kuat, inteferens akan berlaku dan pertindihan gelombang akan berlaku.

Maka, anda perlu mencari frekuensi FM yang tidak bertembung dengan frekuensi radio komersial yang lain.

Ia adalah sesuatu yang mencabar jika anda memandu dalam kawasan lembang klang!

2. Audio masa beraktiviti

Memang ada set hedfon dengan penerima bluetooth terbina. Tapi sering kali terdapat kompromi perlu dilakukan terutama pada bahagian kualiti bunyi untuk headfone Bluetooth.

Jadi jika anda ada sepasang headfon premium tanpa fungsi Bluetooth, sebuah penerima isyarat Bluetooth adalah penyelesaiannya.

Selain menyuntik fungsi tanpa wayar kepada headfon premium itu, anda boleh mengelakkan situasi kabel terjerut semasa bersenam ataupun melakukan kerja.

Tambahan pula, lebih ringan rasanya jika penerima Bluetoorh yang berada dalam poket berbanding telefon. Telefon hanya memancarkan isyarat audio daripada dalam beg ataupun atas meja.

3. Audio semasa menonton TV

Sebab ketiga anda perlukan sebuah Bluetooth receiver ada kaitan dengan point ke-2 tapi ia lebih kepada hiburan di ruang tamu.

Tidak ada gunanya anda miliki set audio berharga ribuan ringgit sekiranya tidak boleh digunakan pada potensi sepenuhnya. Misalnya, saya tinggal di kawasan rumah teres dengan kejiranan yang padat. Maka, tahap bunyi perlu berada dalam julat yang tidak menganggu orang lain.

Dalam kes ini, anda boleh gunakan headfon untuk menonton strim kegemaran tanpa menganggu orang lain.

Set televisyen yang lebih moden seperti Smart TV kini sebahagian besarnya mempunyai fungsi pemancar Bluetooth terbina dalamnya. Sila periksa spesifikasi teknikal TV anda untuk kepastian.

Jika ada, anda boleh menetapkan supaya audio TV untuk dipancarkan secara Bluetooth dengan menambat Bluetooth receiver pada TV dan seterusnya menggunakan apa saja headfon analog untuk mendengar audio TV.

Tapi jika TV tiada pemancar Bluetooth, anda boleh membeli pemancar pihak ketiga dan menyuap masuk isyarat audio daripada TV melalui port:

  • Komposit,
  • atau headfone.

Tips mendapatkan Bluetooth receiver yang baik

Bluetooth receiver hadir dalam pelbagai rupa, harga, dan spesifikasi.

  1. Unit dengan bateri terbina dalamnya sesuai untuk dibawa semasa beraktiviti senaman. Contoh
  2. Unit dengan teknologi AptX akan memancarkan bunyi dengan kualiti yang lebih tinggi dengan syarat, sumber audio turut menyokong fungsi AptX seperti telefon Android. Contoh
  3. Unit dengan amplifier diperlukan sekiranya headfon anda adalah daripada impedance tinggi (perlukan lebih arus untuk gerakkan magnet speaker). Contoh
  4. Unit dengan multipemancar membolehkan beberapa headfon menerima isyarat serentak. Contoh
Tags: audio wayarlesbluetoothheadset bluetoothtips & tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 Sebab Mengapa Anda Perlukan Bluetooth Receiver

3 Sebab Mengapa Anda Perlukan Bluetooth Receiver

30 July 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER