• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna Android boleh pilih lagu dari Spotify sebagai penggera

  • OLEH Najib
  • 5:47 pm
  • 01/08/2018
  • Komen
Pengguna Android boleh pilih lagu dari Spotify sebagai penggera
Share on FacebookShare on Twitter

Ada tak lagu yang boleh kejut anda untuk bangun pagi, dan lagu itu boleh didapati dari Spotify? Jika ya dan anda menggunakan telefon pintar Android, maka anda boleh menetapkan lagu dari Spotify sebagai penggera di telefon.

Bermula hari ini, Spotify dan Google bekerjasama untuk memberikan pengguna kemudahan menetapkan muzik dari 35 juta lagu yang terdapat di Spotify, sebagai penggera di telefon. Ia boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi Clock daripada Google.



Untuk mula menggunakannya, pastikan telefon anda memiliki aplikasi Clock daripada Google. Jika tiada, muat turunnya secara percuma dari Google Playstore terlebih dahulu.

Kemudian, lancarkan aplikasi Clock tersebut dan klik pada tab ‘Alarms‘. Di situ, dapatkan cadangan muzik atau cari sendiri dan pilih mana-mana lagu, album, artis atau senarai lagu daripada Spotify untuk menjadi penggera. Pengguna Spotify percuma juga boleh menikmati pengalaman sama dengan mod shuffle.



Tidak pasti untuk pilih lagu apa? Jangan risau, Spotify memudahkan anda membuat pilihan lagu dengan cadangan peribadi dari senarai muzik yang baru anda dengari, serta senarai lagu pagi yang disusun oleh Spotify seperti I’m Wide Awake, It’s Morning, Have a Great Day!, dan Songs to Sing in the Shower.

Sebaik sahaja anda menutup penggera tersebut, anda akan diberikan pilihan untuk ‘Continue Playing’, yang membolehkan anda terus mendengar lagu yang dimainkan dan memulakan hari yang produktif dengan Spotify.

Masih tidak dapat melihat fungsi Spotify di dalam Clock? Jangan risau, ia kini sedang dikemaskini secara berperingkat kepada semua pengguna Android dan akan datang ke peranti anda dalam tempoh beberapa hari lagi.

Masih tak boleh bangun dengan penggera Spotify? Mungkin anda perlukan penggera yang sukar dipadamkan, seperti Alarmy.

[Sumber: Spotify]

Tags: ClockClock for GoogleGoogleGoogle ClockPenggera SpotifySpotifySpotify Alarm
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Pengguna Android boleh pilih lagu dari Spotify sebagai penggera

Pengguna Android boleh pilih lagu dari Spotify sebagai penggera

1 August 2018
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER