• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Promosi kaw-kaw Acer Day 2018 selama dua hari

  • OLEH Najib
  • 6:57 pm
  • 03/08/2018
  • Komen
Promosi kaw-kaw Acer Day 2018 selama dua hari
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia kini membuka jerayawara di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur sempena sambutan Acer Day 2018. Bukan itu sahaja, acara selama dua hari ini menyaksikan promosi luar biasa dari Acer pada hari Sabtu dan Ahad ini, 4 dan 5 Ogos 2018.

Promosi yang kelihatan paling menarik adalah diskaun RM1,000 untuk laptop Swift 1. Dari harga asal RM3,199, pengunjung ke acara dua hari ini boleh membelinya pada harga RM2,199 sahaja.



Acer Swift 1 adalah laptop yang dikuasakan CPU Intel Pentium N5000, GPU Intel UHD Graphics 605, RAM DDR4 4GB, dan storan SSD 128GB. Skrinnya berukuran 14-inci menggunakan paparan IPS dan resolusi HD Penuh. Ia diberi jaminan selama 2 tahun.

Promosi lain yang turut ada ialah diskaun RM250 untuk Monitor Gaming Lengkung ED242QR serta diskaun RM200 bagi Projektor Mini LED Acer C200.



Acer juga akan mengadakan jualan kilat khas selama 2 jam pada 2 hari tersebut. Jualan kilat ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Dalam dua jam ini, Acer menawarkan sebuah laptop pada harga di bawah RM1,000. Laptop Aspire 3 (A314-32) boleh dibeli pada harga RM899, diskaun RM420 dari harga asalnya. Laptop ini dikuasakan CPU Intel Celeron N4000, GPU Intel UHD Graphics 600, RAM DDR4 4GB dan storan HDD 500GB. Paparannya seluas 14-inci dengan resolusi 1366×768.

Lain-lain perkakas yang dijual dalam jualan kilat 2 jam ini adalah seperti Tetikus Gaming Predator Cestus 300 dan Cestus 500, Tablet Iconia One berharga RM199, Monitor serendah RM299 dan komputer Semua-Dalam-Satu berharga RM999.

Selain promosi di atas, Acer juga menyediakan hadiah percuma untuk pembelian produk Acer yang lain. Bagi pembelian produk Acer terpilih dari 1 Ogos hingga 30 September 2018, pembeli akan menerima hadiah mengikut harga produk.

Produk dan hadiah yang diberikan Acer adalah seperti berikut:

Attention: The internal data of table “92” is corrupted!
Tags: AcerAcer DayAcer Day 2018Acer Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Promosi kaw-kaw Acer Day 2018 selama dua hari

Promosi kaw-kaw Acer Day 2018 selama dua hari

3 August 2018
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN