• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga pelancaran Galaxy Note9 lebih rendah dari Galaxy Note8

  • OLEH Najib
  • 9:27 pm
  • 09/08/2018
  • Komen
Harga pelancaran Galaxy Note9 lebih rendah dari Galaxy Note8
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa jam lagi Samsung akan melancarkan telefon pintar Galaxy Note9 di New York. Tetapi harga jualannya di Malaysia mungkin telah diketahui sekarang.

Suratkhabar berbahasa Cina di Malaysia, Sin Chew Daily telah mengeluarkan suratkhabar mereka dalam format digital, bersama iklan tempahan awal Galaxy Note9 padanya. Dalam iklan tersebut, tempahan Galaxy Note9 akan bermula pada 10 Ogos 2018 dengan harga dan hadiah seperti berikut:



  • Galaxy Note9 128GB – RM3,699
    Hadiah: Jam Gear Sport bernilai RM1,219
  • Galaxy Note9 512GB – RM4,599
    Hadiah: Jam Gear Sport + strap tambahan + pengecas wayarles bernilai RM1,531

Tempahan ini boleh dibuat menerusi laman web Samsung Malaysia di alamat www.samsung.com/my/note9preorder. Buat masa ini, laman web ini masih tidak dapat diakses.

Harga ini jauh berbeza dari yang terpapar secara tidak sengaja di Lazada beberapa hari lepas. Malah, ia juga lebih rendah dari Galaxy Note8 semasa dilancarkan. Tanpa GST 6%, harga Galaxy Note8 dahulu adalah RM3,759, dengan storan hanya 64GB.



Tetapi adakah naik taraf pada Galaxy Note9 ini berbaloi untuk dimiliki dengan harga sebegini? Kita tunggu laporan penuh dari majlis pelancarannya yang akan berlangsung jam 11 malam waktu Malaysia. Ia boleh ditonton secara langsung di laman web Samsung Malaysia.

[Sumber: Sin Chew ePaper]

Tags: Galaxy Note9Galaxy Note9 MalaysiaHarga Galaxy Note9Harga Galaxy Note9 MalaysiasamsungSamsung Galaxy Note9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Harga pelancaran Galaxy Note9 lebih rendah dari Galaxy Note8

Harga pelancaran Galaxy Note9 lebih rendah dari Galaxy Note8

9 August 2018
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN