• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elakkan Grab anda dibatalkan dengan berkongsi gambar

  • OLEH Najib
  • 8:09 pm
  • 10/08/2018
  • Komen
Elakkan Grab anda dibatalkan dengan berkongsi gambar
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda selalu menggunakan perkhidmatan Grab? Pernahkah anda berhadapan dengan masalah di mana pemandu Grab tidak dapat menemui anda dan akhirnya tempahan Grab anda dibatalkan?

Grab telah cuba mengatasi masalah pembatalan tempahan ini dengan memperkenalkan fungsi GrabChat di dalam aplikasi. Dengan fungsi ini, ia terbukti berjaya mengurangkan pembatalan tempahan sehingga 50%.



Kini Grab mahu memperkenalkan satu lagi fungsi baru bagi membantu pemandu dan penumpang Grab berhubung sekaligus mengurangkan masalah pembatalan tempahan, melalui perkongsian gambar di dalam GrabChat. Menurut Grab, ini adalah yang pertama seumpamanya dalam industri ini di rantau ini.

Penumpang yang menunggu pemandu Grab, boleh menghantar gambar menerusi GrabChat agar pemandu lebih peka di mana penumpang menunggu. Melalui gambar yang dikongsi ini nanti, Grab mahu meningkatkan ketepatan titik pertemuan (Point-Of-Interest atau POI).



Perkara ini pasti banyak membantu, lebih-lebih lagi di tempat yang sesak dan kompleks. Contohnya kompleks membeli-belah yang memiliki banyak pintu keluar, dengan adanya gambar pasti memudahkan pemandu mencari pintu keluar yang tepat.

Buat masa ini, fungsi berkongsi gambar di dalam GrabChat hanya boleh digunakan oleh penumpang. Ia akan dikembangkan lagi kepada pemandu sekitar hujung tahun ini, agar dapat membantu penumpang juga mencari di mana lokasi pemandu.

Selain itu, Grab juga menyasarkan untuk meluaskan lagi perkongsian gambar ini ke dalam servis Grab yang lain. Contohnya, berkongsi gambar makanan agar tempahan makanan lebih mudah dicari dengan tepat dan tiba semasa ia masih panas dan lazat dimakan.

Apakah lagi fungsi yang anda berharap akan ada di dalam aplikasi Grab? Kongsikan bersama kami di ruangan komen, mana tahu pihak Grab akan mendengar suara anda dan melaksanakan harapan anda kelak.

Tags: GrabGrab MalaysiaGrabChat
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Elakkan Grab anda dibatalkan dengan berkongsi gambar

Elakkan Grab anda dibatalkan dengan berkongsi gambar

10 August 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER