• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro sedia 8 saluran percuma tonton Sukan Asia 2018 untuk semua

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 13/08/2018
  • Komen
Astro sedia 8 saluran percuma tonton Sukan Asia 2018 untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September. Sukan terkemuka dunia ini membabitkan 45 buah negara termasuk Malaysia.

Rakyat Malaysia boleh memberikan sokongan padu kepada atlit negara dengan menonton perlawanan Sukan Asia 2018 ini secara percuma di Astro. Astro selaku penyiar rasmi acara ini berbesar hati menawarkan lapan saluran percuma buat semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang bukan pelanggan Astro.



Bagi pelanggan Astro, Sukan Asia 2018 boleh ditonton menerusi enam saluran dedikasi (saluran HD 790-795) serta di dua saluran eksklusif yang membawakan liputan khas di Astro Arena (Saluran 802 HD/801 SD) serta di NADI AG2018 (Saluran 803 HD/800 SD). Untuk bukan pelanggan Astro, kesemua lapan saluran ini boleh ditonton menerusi NJOI Prepaid, serta di aplikasi mudahalih Astro GO dan NJOI Now.

Kesemua lapan saluran ini akan memulakan siaran pada 13 Ogos 2018 kerana terdapat beberapa perlawanan peringkat kumpulan diadakan sebelum majlis pelancaran. Antara perlawanan berkaitan skuad kebangsaan Malaysia yang boleh ditonton adalah seperti bola sepak pada:



  • 15 Ogos, 4:30PTG – Kyrgyzstan vs Malaysia
  • 17 Ogos, 7:30MLM – Malaysia vs South Korea
  • 20 Ogos, 7.30MLM – Malaysia vs Bahrain

Majlis pembukaan Sukan Asia 2018 akan berlangsung pada hari Sabtu, 18 Ogos 2018 pada jam 8 malam. Acara ini boleh ditonton secara langsung di saluran 790 HD/780 SD.

Marilah kita bersama memberi sokongan dan galakan kepada atlit negara yang akan beraksi di Sukan Asia 2018. Buat pelanggan Astro, boleh menontonnya di 8 saluran yang dimaklumkan tadi. Buat bukan pelanggan Astro, muat turun aplikasi mudahalih Astro GO dan NJOI Now untuk menontonnya secara percuma.

Tags: Asian Games 2018astroSukan AsiaSukan Asia 2018
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Astro sedia 8 saluran percuma tonton Sukan Asia 2018 untuk semua

Astro sedia 8 saluran percuma tonton Sukan Asia 2018 untuk semua

13 August 2018
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER