Samsung Galaxy Note9 adalah yang terhangat dalam bulan ini. Ia adalah Note yang ditambah baik daripada sebelumnya. Yang paling mendapat perhatian adalah kapasiti baterinya yang dipertingkat kepada 4,000mAh. Ia pastinya memberikan waktu penggunaan yang panjang.
Selain itu, S-Pen kini turut dilengkapi dengan teknologi Bluetooth. Anda boleh menggunakan S-Pen untuk mengawal slaid pembentangan ataupun sebagai butang shutter semasa mengambil gambar.
Tapi perasan tak yang Samsung tidak pula heboh tentang keupayaan kamera yang dimilikinya. Tiada langsung mereka menyentuh tentang DxOMark. Adakah mereka tidak yakin dengan kemampuan kamera pada Note9?
Daripada segi spesifikasi, ia adalah kamera yang sama boleh ditemui pada S9+. Jadi untuk mengujinya, kami bandingkan kualiti gambarnya dengan dua lagi flagship terkemuka iaitu Huawei P20 Pro dan juga iPhone X.
Sebelum mulakan perbandingan, mari kita lihat spesifikasi kamera ketiga-tiga peranti.
Spesifikasi Teknikal Kamera
[table “97” could not be loaded /]Sebanyak 7 genre gambar diuji kali ini. Mereka adalah:
- Ketajaman
- HDR
- Keadaan Malap
- Makro
- Zum
- Portret
- Selfie
Ketajaman
Ketajaman sesuatu gambar bergantung pada kualiti kaca lensa yang dimiliki telefon serta kaedah pemerosesan isyarat data daripada sensor oleh pemproses isyarat imej. Dalam kes dibawah, gambar dinding batu bata diambil dan dizum masuk untuk melihat sejauh mana kemampuan kamera untuk merekodkan butiran pada dinding.
Note9
P20 Pro
iPhone X
Hasil crop gambar pada bahagian tengah adalah seperti berikut:
Note9
P20 Pro
iPhone X
Antara ketiga-tiga gambar, Huawei P20 Pro jelas menunjukkan post-processing yang amat berat. Kita boleh lihat pada saturation warna serta contrast padanya.
Walau bagaimanapun, daripada segi ketajaman, Note9 dan iPhone X lebih menyerlah apabila mereka berjaya merekodkan butiran terutamanya pada bahagian capital tiang kolum itu. Dalam kategori ini, Note9 dan iPhone X adalah seri manakala Huawei P20 Pro mengikuti daripada belakang.
Pilihan kami: Galaxy Note9
HDR
High Dynamic Range (HDR) adalah istilah yang digunakan dalam fotografi untuk merujuk pada gambar yang ada julat bebayang ataupun highlights yang luas. Misalnya objek hitam dibawah bayang-bayang mungkin tidak boleh dilihat oleh kamera tanpa fungsi HDR tapi jika ada, objek itu boleh dilihat.
Dalam ujian ini, satu gambar dengan pemandangan berlatarbelakangkan matahari diambil. Dalam keadaan ideal, fotografi perlulah mengikuti arah cahaya dan bukannya menentang cahaya, jika tidak metering pada kamera akan menyukat kecerahan bahagian yang paliung cerah (matahari) untuk mengukur pendedadahn.
Ini menyebabkan bahagian subjek akan digelapkan kerana julat HDR yang terhad.
Note9
P20 Pro
iPhone X
Ketiga-tiga gambar diatas berjaya mengambil gambar HDR tapi Note9 dan iPhone X turut berjaya merekodkan bentuk matahari dan keadaan awan ketika itu. Ia menunjukkan julat HDR pada kedua-dua telefon yang tinggi pada highlights.
Walau bagaimanapun, Note9 lebih menyerlah pada bahagian bebayang. Jika anda lihat pada sebelah kiri bingkai, terdapat papan tanda yang ditampal pada tiang. Dalam hasil iPhone X, bahagian tersebut lebih gelap berbanding Note9.
Seperti biasa, P20 Pro terlebih suntikan warna.
Pilihan kami: Galaxy Note9
Keadaan Malap
Malap adalah musuh kamera bersensor kecil terutamanya pada telefon. Ia menyebabkan sistem kamera perlu meningkatkan paras ISO pada tahap tertinggi untuk lebih peka pada cahaya. Hasilnya, gambar akan jadi sangat hingar. Berikut adalah sampel gambar dalam keadaan malap untuk ketiga-tiga telefon.
Note 9
P20 Pro
iPhone X
Yang pertama, mari kita lihat data shutter speed dan ISO daripada EXIF.
- Note9 – 1/10 saat, ISO-250
- P20 Pro – 3.4 saat, ISO-640
- iPhone X – 1/4 saat, ISO-100
Note9 dan iPhone X menggunakan kelajuan shutter kurang daripada satu saat iaitu 0.1s dan juga 0.25s. Dalam kes P20 Pro pula, ia sedikit unik kerana menggunakan AI, ia mampu menggunakan halaju pengatup yang perlahan 3.4s tanpa menggunakan monopod dan hasilnya amat memberangksangkan.
Tapi, post-processing yang keterlaluan menyebabkan gambar daripada P20 nampak kurang masuk akal walaupun menarik.
Untuk ujian ini, saya lebih menyukai hasil daripada P20 kerana hasilnya lain daripada yang lain.
Pilihan kami: P20 Pro
Makro
Untuk ujian makro, seperti biasa, kami mencari bunga untuk disunting. Dalam dunia makro, akan terdapat kesan bokeh yang memisahkan subjek daripada latar belakang dek kedalam medan fokus yang cetek. Estetik bokeh adalah subjektif, ada yang suka bokeh berkrim ada juga yang memilih bokeh yang tajam. Walau apapun, ini hasilnya:
Agak mengejutkan melihat hasil makro daripada lensa P20 Pro. Berbanding Note9 dan iPhone X, kesan bokehnya lebih berkrim dan senang dipandang. Note9 dan iPhone X menghasilkan kesan bokeh yang agak tajam serta memiliki kotrast yang tinggi maka pemisahan antara subjek dan latar belakang agak hambar berbanding apa yang berjaya dicapai P20 Pro.
Lebih menarik, dalam ujian makro, P20 Pro kurang melakukan post-processing berbanding dua telefon yang lain.
Pilihan kami: P20 Pro
[nextpage title=”Zum, Portret, Selfie, & Kesimpulan”]
Zum
Kebanyakan telefon yang hadir dengan lebih daripada satu kamera memiliki kamera sekundernya berjarak fokal yang panjang. Ia sering digunakan untuk menangkap gambar potrait kerana tahap zum yang lebih tinggi daripada kamera pertama.
Pada P20 Pro, teknologi hibrid zum digunakan untuk mengambil gambar zum dan pada masa yang sama mengurangkan pixelation kesan daripada pengezuman digital. Ia dicapai dengan bantuan sensor monokrom yang merakam butiran untuk diisi pada gambar yang diambil menggunakan sensor biasa RGB.
Hasilnya, P20 Pro memiliki keupayaan mengezum yang lebih versatil iaitu 1×,3×,5× dan 10×.
Note9 dan iPhone X pula memiliki zum 1×,2×, dan 10× sahaja.
Tiada Zum
Note9
P20 Pro
iPhone X
P20 menghasilkan gambar dengan vignet yang agak ketara. Besar kemungkinan ia adalah vignet yang ditambah oleh AI kerana dua gambar daripada kamera lain tidak menghadapi situasi yang serupa. Kepekatan warna juga juah lebih tinggi berbanding Note9 dan iPhone X seperti sudah bersedia untuk diutus dalam Instagram tanpa perlu menggunakan penuras.
Note9 pula memiliki gambar yang cerah dengan julat highlight dan bebayang lebih luas berbanding iPhone X yang dilihat lebih gelap dan suram.
Zum
Note9 (2×)
P20 Pro (3×)
P20 Pro (5 ×)
iPhone X (2×)
Zum 2× dan 5× pada kesemua kamera masih berjaya menghasilkan imej yang cantik tanpa pixelation. Untuk digunakan pada media sosial, ia masih lagi boleh diterima akal.
Zum Maksimum
Mengezum semaksimum mungkin pada ketiga-tiga kamera agak memberi kesan pada hasil gambar. Kedua-dua Note9 dan iPhone X menunjukkan hasil yang sedikit kabur jika dibandingkan dengan hasil daripada P20 Pro yang lebih tajam. Butiran pada muka jam turut terpelihara dan masih boleh diamati.
Hanya gambar daripada P20 Pro saya rasakan layak diutuskan pada medsos.
Pilihan kami: P20 Pro
Portret
Telefon dengan lebih daripada satu kamera boleh memanfaatkan kamera kedua untuk mensimulasikan kesan bokeh seperti mengambil gambar menggunakan DSLR berlensa apertur besar. Tapi masalahnya, simulasi bokeh ini sering tidak tepat kerana bergantung pada algoritma untuk mengenalpasti yang mana subjek dan yang mana latar belakang. Ini adalah hasil mode portret daripada mereka.
Note9
P20 Pro
iPhone X
Simulasi bokeh yang dihasilkan ketiga-tiga kamera memang mengagumkan. Pemisahan antara subjek dan latar memang berjaya dan tepat sungguhpun anda mengezum masuk melihat pada pinggir baju dan rambut. Daripada segi teknikal gambar ini memang menarik tapi daripada segi estetik sukar untuk memberitahu mana yang lebih cantik.
P20 Pro memiliki portret yang pekat warnanya berbanding dua yang lain. Baki Note9 dan iPhone X menghasilkan hasil yang hampir serupa kecuali pada tahap HDR yang lebih tinggi ditonjolkan pada Note9.
Pilihan kami: iPhone X
Selfie
Selfie portret adalah sesuatu yang mencabar pada ketiga-tiga telefon kerana mereka tidak mempunyai kamera kedua untuk mengukur kedalaman medan fokus. Hal ini bermakna, mereka bergantung sepenuhnya pada algoritma untuk memisahkan subjek daripada latar belakang.
Note9
P20 Pro
iPhone X
Dalam ujian selfie portret, iPhone X gagal memisahkan subjek daripada latar belakang. Hal ini kerana, hanya bahagian muka sahaja yang berada dalam medan fokus sedangkan baju turut berada dalam satah yang sama. Untuk hasil bokeh yang lebih masuk akal, anda boleh melihat pada Note9 dan P20 Pro yang berjaya memisahkan subjek.
Walau bagaimanapun, Note9 memiliki hasil yang sedikit baik berbanding P20 Pro dalam melakukan pemisahan. Ianya boleh dilihat pada kesan bokeh pada tali beg sandang subjek yang berlatarbelakngkan tumbuhan hijau. Anda akan dapati yang kesan bokehnya diterapkan secara berperingkat berbanding pada P20 Pro yang terlalu nyata menyebabkan hasil nampak seperti fake.
Pilihan kami: Galaxy Note9
Kesimpulan
Amat mustahil untuk memilih pemenang muktamad dalam perbandingan kamera ini. Kesemua telefon mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Misalnya, P20 Pro sering kali mengenakan post-processing yang melampau pada gambar mereka. Lihat sajalah pada tahap kepekatan dan ketajaman gambar yang kurang masuk akal. Tapi, hasil sebegini pastinya mendapat perhatian pengguna medsos dan anda tak perlu pun menyunting gambar sebelum dimuat naik.
Jadi, pengguna kasual medsos tidak perlu risau tentang penyuntingan gambar jika didalam tangan anda ada P20 Pro kerena semuanya dilakukan secara in-situ oleh P20 Pro. Anda cuma perlu menekan butang share sahaja. Tambahan pula, puluhan mode auto yang hadir pada P20 Pro amat membantu dalam mengambil gambar. Contoh yang boleh digunakan adalah seperti:
- Night Mode
- Light Trail
- Light Paint
Bukan hendak perkecilkan Note9 dan iPhone X. Semua yang mampu dilakukan P20 Pro boleh dicapai Note9 dan iPhone X, cumanya perjalanannya sedikit panjang dan yang arif tentang fotografi sahaja boleh melakukannya. Jadi Note9 dan iPhone X menyediakan lebih banyak ruang penyuntingan pada gambar yang dihasilkan mereka dan ia pasti menggembirakan jurugambar professional.