Ini Hasilnya Bila Kami Bandingkan Kamera Galaxy Note9, P20 Pro dan iPhone X

Pendahuluan

Samsung Galaxy Note9 adalah yang terhangat dalam bulan ini. Ia adalah Note yang ditambah baik daripada sebelumnya. Yang paling mendapat perhatian adalah kapasiti baterinya yang dipertingkat kepada 4,000mAh. Ia pastinya memberikan waktu penggunaan yang panjang.

Selain itu, S-Pen kini turut dilengkapi dengan teknologi Bluetooth. Anda boleh menggunakan S-Pen untuk mengawal slaid pembentangan ataupun sebagai butang shutter semasa mengambil gambar.

Tapi perasan tak yang Samsung tidak pula heboh tentang keupayaan kamera yang dimilikinya. Tiada langsung mereka menyentuh tentang DxOMark. Adakah mereka tidak yakin dengan kemampuan kamera pada Note9?

Daripada segi spesifikasi, ia adalah kamera yang sama boleh ditemui pada S9+. Jadi untuk mengujinya, kami bandingkan kualiti gambarnya dengan dua lagi flagship terkemuka iaitu Huawei P20 Pro dan juga iPhone X.

Sebelum mulakan perbandingan, mari kita lihat spesifikasi kamera ketiga-tiga peranti.

Spesifikasi Teknikal Kamera

Samsung Galaxy Note9Huawei P20 ProApple iPhone X
Kamera 1: 12MP F1.5/F2.4
Kamera 2: 12MP (telefoto) F2.4
Kamera depan: 8MP F1.7
Kamera 1: 40MP F1.8
Kamera 2: 20MP F1.6
Kamera 3: 8MP F2.4
Kamera depan 24MP F2.0
Kamera 1: 12MP F1.8
Kamera 2: 12MP F2.4
Kamera depan: 7MP F2.2
Kamera belakang Dual OIS
Dual Pixel Autofocus
Kamera belakang AIS
Laser Autofocus
Kamera belakang Dual OIS
Phase Detection Autofocus

Sebanyak 7 genre gambar diuji kali ini. Mereka adalah:

  1. Ketajaman
  2. HDR
  3. Keadaan Malap
  4. Makro
  5. Zum
  6. Portret
  7. Selfie

Ketajaman

Ketajaman sesuatu gambar bergantung pada kualiti kaca lensa yang dimiliki telefon serta kaedah pemerosesan isyarat data daripada sensor oleh pemproses isyarat imej. Dalam kes dibawah, gambar dinding batu bata diambil dan dizum masuk untuk melihat sejauh mana kemampuan kamera untuk merekodkan butiran pada dinding.

BACA  Harga peranti Samsung pasca SST sama seperti GST 0%

Note9

P20 Pro

iPhone X

Hasil crop gambar pada bahagian tengah adalah seperti berikut:

Note9

P20 Pro

iPhone X

Antara ketiga-tiga gambar, Huawei P20 Pro jelas menunjukkan post-processing yang amat berat. Kita boleh lihat pada saturation warna serta contrast padanya.

Walau bagaimanapun, daripada segi ketajaman, Note9 dan iPhone X lebih menyerlah apabila mereka berjaya merekodkan butiran terutamanya pada bahagian capital tiang kolum itu. Dalam kategori ini, Note9 dan iPhone X adalah seri manakala Huawei P20 Pro mengikuti daripada belakang.

Pilihan kami: Galaxy Note9

HDR

High Dynamic Range (HDR) adalah istilah yang digunakan dalam fotografi untuk merujuk pada gambar yang ada julat bebayang ataupun highlights yang luas. Misalnya objek hitam dibawah bayang-bayang mungkin tidak boleh dilihat oleh kamera tanpa fungsi HDR tapi jika ada, objek itu boleh dilihat.

Dalam ujian ini, satu gambar dengan pemandangan berlatarbelakangkan matahari diambil. Dalam keadaan ideal, fotografi perlulah mengikuti arah cahaya dan bukannya menentang cahaya, jika tidak metering pada kamera akan menyukat kecerahan bahagian yang paliung cerah (matahari) untuk mengukur pendedadahn.

Ini menyebabkan bahagian subjek akan digelapkan kerana julat HDR yang terhad.

Note9

P20 Pro

iPhone X

Ketiga-tiga gambar diatas berjaya mengambil gambar HDR tapi Note9 dan iPhone X turut berjaya merekodkan bentuk matahari dan keadaan awan ketika itu. Ia menunjukkan julat HDR pada kedua-dua telefon yang tinggi pada highlights.

Walau bagaimanapun, Note9 lebih menyerlah pada bahagian bebayang. Jika anda lihat pada sebelah kiri bingkai, terdapat papan tanda  yang ditampal pada tiang. Dalam hasil iPhone X, bahagian tersebut lebih gelap berbanding Note9.

Seperti biasa, P20 Pro terlebih suntikan warna.

Pilihan kami: Galaxy Note9

BACA  Kerja lebih produktif dengan mengubah Samsung Galaxy Note9 menjadi komputer

Keadaan Malap

Malap adalah musuh kamera bersensor kecil terutamanya pada telefon. Ia menyebabkan sistem kamera perlu meningkatkan paras ISO pada tahap tertinggi untuk lebih peka pada cahaya. Hasilnya, gambar akan jadi sangat hingar. Berikut adalah sampel gambar dalam keadaan malap untuk ketiga-tiga telefon.

Note 9

 

P20 Pro

iPhone X

Yang pertama, mari kita lihat data shutter speed dan ISO daripada EXIF.

  • Note9 – 1/10 saat, ISO-250
  • P20 Pro – 3.4 saat, ISO-640
  • iPhone X – 1/4 saat, ISO-100

Note9 dan iPhone X menggunakan kelajuan shutter kurang daripada satu saat iaitu 0.1s dan juga 0.25s. Dalam kes P20 Pro pula, ia sedikit unik kerana menggunakan AI, ia mampu menggunakan halaju pengatup yang perlahan 3.4s tanpa menggunakan monopod dan hasilnya amat memberangksangkan.

Tapi, post-processing yang keterlaluan menyebabkan gambar daripada P20 nampak kurang masuk akal walaupun menarik.

Untuk ujian ini, saya lebih menyukai hasil daripada P20 kerana hasilnya lain daripada yang lain.

Pilihan kami: P20 Pro

Makro

Untuk ujian makro, seperti biasa, kami mencari bunga untuk disunting. Dalam dunia makro, akan terdapat kesan bokeh yang memisahkan subjek daripada latar belakang dek kedalam medan fokus yang cetek. Estetik bokeh adalah subjektif, ada yang suka bokeh berkrim ada juga yang memilih bokeh yang tajam. Walau apapun, ini hasilnya:

  

Agak mengejutkan melihat hasil makro daripada lensa P20 Pro. Berbanding Note9 dan iPhone X, kesan bokehnya lebih berkrim dan senang dipandang. Note9 dan iPhone X menghasilkan kesan bokeh yang agak tajam serta memiliki kotrast yang tinggi maka pemisahan antara subjek dan latar belakang agak hambar berbanding apa yang berjaya dicapai P20 Pro.

BACA  Masalah Telefon Meletup Tak Mungkin Berlaku Jika Bateri Ini Digunakan

Lebih menarik, dalam ujian makro, P20 Pro kurang melakukan post-processing berbanding dua telefon yang lain.

Pilihan kami: P20 Pro

Terus ke muka 2