• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor 10 dinaiktaraf GPU Turbo dan ada hadiah RM500 untuk hari ini sahaja

  • OLEH Najib
  • 11:32 am
  • 16/08/2018
  • Komen
honor 10 dinaiktaraf GPU Turbo dan ada hadiah RM500 untuk hari ini sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei semenjak kebelakangan ini sering mempromosikan teknologi GPU Turbo yang baru terdapat pada cip Kirin 970 mereka. Tetapi kemaskini GPU Turbo ini dibuat secara berperingkat dengan penerima terawalnya adalah honor Play dan Huawei nova 3i.

Satu lagi penerima GPU Turbo yang diumumkan baru-baru ini adalah honor 10, dimaklumkan akan dikemas kini pada 17 Ogos 2018. Bagi meraikan ketibaannya, honor Malaysia mengumumkan jualan istimewa honor 10 hari ini yang menawarkan hadiah percuma bernilai RM500.



Selama satu hari sahaja pada 16 Ogos 2018, pembelian honor 10 yang berharga RM1,599 di laman web Hihonor Malaysia, Shopee Malaysia serta di stor honor di IOI City Mall, 1 Utama Shopping Center dan Sunway Pyramid layak menerima hadiah percuma bernilai RM500 iaitu:

  1. Fonkepala Bluetooth AM61
  2. Flipcase
  3. Baucar permainan PUBG MOBILE
  4. Kit Travel
  5. Baucar Hihonor RM100 atau 5% Shopee Coins (pembelian di laman web)

Tetapi hadiah percuma ini terhad, hanya 200 unit disediakan untuk pembelian dalam talian (100 di Hihonor dan 100 di Shopee). Stok hadiah percuma di stor honor tidak pula dimaklumkan tetapi ia terhad, siapa cepat dia dapat.



honor 10 adalah telefon pintar flagship paling murah untuk dimiliki dalam kelasnya. Dengan harga hanya RM1,599, ia menawarkan perkakas berprestasi tinggi seperti cip Kirin 970, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB.

Ia memiliki skrin FullView bertakuk berukuran 5.84-inci HD Penuh+, dalam nisbah 19:9. Baterinya sebesar 3,400mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge. Malah, ia masih memiliki port audio 3.5mm serta pemancar infra merah.

Sedikit sebanyak, ia amat menyerupai spesifikasi Huawei P20. Tetapi tidak di kamera kerana tiada cap Leica tapi masih kamera yang hebat. Kamera belakang honor 10 menggunakan dwi-sensor 24MP F1.8 + 16MP F1.8. Manakala kamera hadapannya 24MP F2.0.

Walaupun ia dilihat sedikit tergugat dengan ketibaan honor Play yang berharga RM1,249, honor 10 masih setahap lebih atas darinya dengan rekaan premium seperti warna phantom, kamera yang lebih hebat serta storan yang lebih besar.

Jangan terlepas dapatkan honor 10 dengan tawaran hadiah bernilai RM500 hari ini. Segera ke laman e-dagang Hihonor Malaysia atau Shopee Malaysia atau pergi terus ke stor honor di IOI City Mall, 1 Utama Shopping Center dan Sunway Pyramid untuk mendapatkan tawaran ini.

Tags: honorhonor 10honor 10 malaysiahonor malaysiaTelefon Murah
Najib

Najib

POPULAR

honor 10 dinaiktaraf GPU Turbo dan ada hadiah RM500 untuk hari ini sahaja

honor 10 dinaiktaraf GPU Turbo dan ada hadiah RM500 untuk hari ini sahaja

16 August 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER