• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC akhirnya mula terima tempahan HTC U12+ di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:22 pm
  • 17/08/2018
  • Komen
HTC akhirnya mula terima tempahan HTC U12+ di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Diperkenalkan ke khalayak ramai pertama kali pada bulan Mei lepas dan dimaklumkan akan sampai di Malaysia pada bulan Jun. Selepas lama berdiam diri, akhirnya telefon pintar flagship HTC U12+ diumumkan boleh mula ditempah di Malaysia sekarang.

Bermula dari hari ini, 17 Ogos sehingga 23 Ogos 2018, orang ramai boleh mula membuat tempahan HTC U12+ di laman e-dagang ataupun pengedar sah HTC di seluruh Malaysia. HTC U12+ dijual pada harga RM3,499 dan tempahan awal ini akan datang bersam hadiah percuma bernilai RM250 iaitu:



  • Pouch kulit
  • Powerbank 10,000mAh
  • Kit Travel
  • Buku nota U
  • Lanyard
  • Pemegang telefon

Tempahan awal dalam talian boleh dibuat di laman e-dagang 11Street, Shopee dan Lazada.

HTC U12+ adalah telefon pintar terhebat dari HTC masa kini dengan kuasa cip pemproses Snapdragon 845, RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB, serta menerima kad mikroSD untuk storan tambahan. Baterinya sebesar 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui sambungan USB-C.



HTC tidak mengikut trend semasa dengan menggunakan skrin 6.0-inci tanpa takuk, beresolusi QHD+ dalam nisbah 18:9. Telefon ini memiliki satu fungsi unik yang dipanggil Sense Edge generasi ke-2, yang membolehkan arahan dilaksanakan semudah menggenggam erat sisi telefon.

Kamera HTC diiktiraf terbaik oleh DxOMark untuk kategori dwi kamera belakang. Ia adalah gabungan sensor HTC UltraPixel 4 12MP F1.75 dengan saiz piksel 1.4-mikron di lensa utama, serta sensor 16MP F2.6 1.0-mikron telefoto di lensa kedua.

Bagi kamera hadapan, ia juga dwi-lensa menggunakan dwi-sensor 8MP F2.0 1.12-mikron dengan sudut lebar 84-darjah. Ia boleh merakam gambar dengan mod bokeh masa nyata, serta menyokong pengecaman wajah Face Unlock, untuk membuka kunci skrin.

Untuk menjadikan rupa HTC U12+ lebih menarik, ia ditawarkan dalam 3 warna dengan salah satunya darinya memiliki badan lutsinar biru. Dua lagi warna ialah hitam dan merah. Kenali HTC U12+ dengan lebih lanjut dalam laporan kami di sini.

Jangan lupa dapatkan HTC U12+ berharga RM3,499 bersama hadiah percuma RM250 dengan membuat tempahan awal.

Tetapi adakah anda masih berminat dengan HTC U12+ sedangkan anda boleh mendapatkan Galaxy S9+ 128GB pada harga RM3,769 atau Galaxy Note9 128GB yang lebih baru pada harga RM3,699?

Tags: HTChtc malaysiahtc u12+htc u12+ malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
HTC akhirnya mula terima tempahan HTC U12+ di Malaysia

HTC akhirnya mula terima tempahan HTC U12+ di Malaysia

17 August 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER