• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony umum tarikh peranti Xperia terima kemaskini Android 9.0 Pie

  • OLEH Najib
  • 8:00 pm
  • 17/08/2018
  • Komen
Sony umum tarikh peranti Xperia terima kemaskini Android 9.0 Pie
Share on FacebookShare on Twitter

Biar lambat asalkan selamat. Eloklah diberitahu dari digantung tidak bertali. Itulah yang kami lihat cuba disampaikan oleh Sony tentang peranti Xperia yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie.

Menerusi blog Sony Mobile, Sony mengumumkan akan menyediakan kemaskini Android 9.0 Pie untuk peranti Xperia seawal bulan November tahun ini, bermakna 3 bulan dari sekarang. Mungkin agak lama memandangkan Google telah menyebut nama Sony sebagai pengeluar yang menyertai program Beta Android P dan dijangka akan menyediakan kemas kini antara terawal.



Bagaimanapun, kemaskini seawal bulan November ini disediakan untuk peranti Xperia dalam kategori flagship, antaranya ialah Xperia XZ2, XZ2 Premium, XZ2 Compact, Xperia XZ Premium, XZ1 dan XZ1 Compact.

Xperia XZ2 Premium



Untuk gelombang kedua, Sony menyenaraikan hanya tiga peranti iaitu XA2, XA2 Ultra dan XA2 Plus yang dijangka akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie pada awal tahun 2019.

Di samping pengumuman itu, Sony turut berkongsi sebuah infografik tentang bagaimana perjalanan kemaskini sistem operasi Android, bermula dari Google dan diterima oleh Sony Mobile, kemudian melalui beberapa ujian, ujian dan ujian, hingga akhirnya menerima sijil pengesahan dan dan diiktiraf oleh semua. Perjalanan ini tidak berakhir di situ kerana Sony masih perlu memantau maklum balas pengguna dan bersedia untuk kemaskini akan datang.

Selain Sony, Google menyatakan pengeluar yang menyertai program Beta Android P ialah Xiaomi, Nokia, Oppo, Vivo, OnePlus, dan Essential.

[Sumber: Blog Sony Mobile]

Tags: Android 9Android PieSonySony Mobile
Najib

Najib

POPULAR

Sony umum tarikh peranti Xperia terima kemaskini Android 9.0 Pie

Sony umum tarikh peranti Xperia terima kemaskini Android 9.0 Pie

17 August 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN