Kalau tak giler, bukan U Mobile namanya. Jika anda rasa pelan internet tanpa had mereka, GX50 murah giler, sekarang mereka tambah pula dengan iPhone 6 yang murah giler.
iPhone 6
Dengan pelan Giler Unlimited GX50, pelanggan hanya membayar RM50 sebulan dengan data tanpa had (tapi kelajuan disekat pada 5Mbps), panggilan tanpa had serta kuota hotspot sebanyak 5GB.
Jika anda mengikat kontrak 24-bulan, anda boleh mendapatkan telefon pintar iPhone 6 32GB pada harga subsidi, RM599 sahaja. Kalau dikira secara keseluruhan 24 bulan, jumlah yang anda bayar untuk iPhone 6 dan pelan GX50 hanyalah RM1,799 sahaja! Tetapi ini tidak termasuk cukai SST lagi ya.
Kalau anda rasa sekatan kelajuan ni mengarut, anda boleh berpindah ke pelan tanpa sekatan kelajuan, Unlimited Hero P79. Kontrak 24 bulan pelan ini membolehkan anda membeli iPhone 6 pada harga subsidi RM399 sahaja.
Pelan Hero P79 berkadar RM79 sebulan, memberikan pengguna sebanyak 20GB data berkelajuan tinggi, bersama strim muzik (Music-Onz) dan video (Video-Onz) tanpa had serta panggilan tanpa had.
Pilihan paling muktamad adalah dengan pelan Unlimited Hero P99. iPhone 6 boleh dibeli semurah RM99 dengan kontrak 24 bulan. Dengan pelan Hero P99, pengguna menerima internet tanpa had yang sebenar, tanpa sekatan kelajuan. Ia juga datang bersama panggilan tanpa had dan data Roam-Onz sebanyak 3GB. Tetapi terdapat kuota hotspot iaitu 30GB.
Diingatkan semula, semua pelan ini perlu diikat bersama kontrak selama 24 bulan. Terdapat bayaran pendahuluan yang perlu dibayar semasa pendaftaran, sekitar RM384 hingga RM864 mengikut jenis pelan. Jumlah ini akan direbat semula ke dalam bil bulanan.
Seperkara lagi, pelanggan baru U Mobile perlu membayar lebih sedikit untuk mendapatkan tawaran Giler Deal U Mobile ini. Bagi pelanggan sedia ada dan mereka yang berpindah dari talian lain, anda bukan sahaja dapat membeli lebih murah, malah bayaran pendahuluan dikecualikan.
iPhone 6s Plus
U Mobile turut menawarkan iPhone 6s 32GB dengan skrin lebih besar dan perkakas lebih baik dari iPhone 6. Tetapi tidak untuk pelan Giler Unlimited GX50, hanya dengan pelan Unlimited Hero P79 dan P99 sahaja.
Kontrak 24 bulan bersama pelan Hero P79, membolehkan anda membeli iPhone 6s Plus pada harga RM1,295 sahaja. Manakala pelan Hero P99 menyediakan iPhone 6s Plus berharga RM1,055.
Kesemua tawaran kontrak ini terbuka untuk semua. Tetapi bagi pelanggan baru U Mobile dan pelanggan sedia ada yang kurang layak, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM480 untukpelan Hero P79, dan RM720 bagi pelan Hero P99.
Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi U Mobile iPhone 6 dan 6s Plus.
[Sumber: SoyaCincau]