• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 6 murah giler dengan internet tanpa had U Mobile

  • OLEH Najib
  • 7:35 pm
  • 30/08/2018
  • Komen
iPhone 6 murah giler dengan internet tanpa had U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau tak giler, bukan U Mobile namanya. Jika anda rasa pelan internet tanpa had mereka, GX50 murah giler, sekarang mereka tambah pula dengan iPhone 6 yang murah giler.

iPhone 6

Dengan pelan Giler Unlimited GX50, pelanggan hanya membayar RM50 sebulan dengan data tanpa had (tapi kelajuan disekat pada 5Mbps), panggilan tanpa had serta kuota hotspot sebanyak 5GB.



Jika anda mengikat kontrak 24-bulan, anda boleh mendapatkan telefon pintar iPhone 6 32GB pada harga subsidi, RM599 sahaja. Kalau dikira secara keseluruhan 24 bulan, jumlah yang anda bayar untuk iPhone 6 dan pelan GX50 hanyalah RM1,799 sahaja! Tetapi ini tidak termasuk cukai SST lagi ya.

Kalau anda rasa sekatan kelajuan ni mengarut, anda boleh berpindah ke pelan tanpa sekatan kelajuan, Unlimited Hero P79. Kontrak 24 bulan pelan ini membolehkan anda membeli iPhone 6 pada harga subsidi RM399 sahaja.



Pelan Hero P79 berkadar RM79 sebulan, memberikan pengguna sebanyak 20GB data berkelajuan tinggi, bersama strim muzik (Music-Onz) dan video (Video-Onz) tanpa had serta panggilan tanpa had.

Pilihan paling muktamad adalah dengan pelan Unlimited Hero P99. iPhone 6 boleh dibeli semurah RM99 dengan kontrak 24 bulan. Dengan pelan Hero P99, pengguna menerima internet tanpa had yang sebenar, tanpa sekatan kelajuan. Ia juga datang bersama panggilan tanpa had dan data Roam-Onz sebanyak 3GB. Tetapi terdapat kuota hotspot iaitu 30GB.

Diingatkan semula, semua pelan ini perlu diikat bersama kontrak selama 24 bulan. Terdapat bayaran pendahuluan yang perlu dibayar semasa pendaftaran, sekitar RM384 hingga RM864 mengikut jenis pelan. Jumlah ini akan direbat semula ke dalam bil bulanan.

Seperkara lagi, pelanggan baru U Mobile perlu membayar lebih sedikit untuk mendapatkan tawaran Giler Deal U Mobile ini. Bagi pelanggan sedia ada dan mereka yang berpindah dari talian lain, anda bukan sahaja dapat membeli lebih murah, malah bayaran pendahuluan dikecualikan.

iPhone 6s Plus

U Mobile turut menawarkan iPhone 6s 32GB dengan skrin lebih besar dan perkakas lebih baik dari iPhone 6. Tetapi tidak untuk pelan Giler Unlimited GX50, hanya dengan pelan Unlimited Hero P79 dan P99 sahaja.

Kontrak 24 bulan bersama pelan Hero P79, membolehkan anda membeli iPhone 6s Plus pada harga RM1,295 sahaja. Manakala pelan Hero P99 menyediakan iPhone 6s Plus berharga RM1,055.

Kesemua tawaran kontrak ini terbuka untuk semua. Tetapi bagi pelanggan baru U Mobile dan pelanggan sedia ada yang kurang layak, anda perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM480 untukpelan Hero P79, dan RM720 bagi pelan Hero P99.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi U Mobile iPhone 6 dan 6s Plus.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: iphone 6iphone 6s plusu mobile
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
iPhone 6 murah giler dengan internet tanpa had U Mobile

iPhone 6 murah giler dengan internet tanpa had U Mobile

30 Ogos 2018
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER