• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor Play Player Edition pilihan lebih garang untuk peminat Malaysia

  • OLEH Najib
  • 8:05 pm
  • 03/09/2018
  • Komen
honor Play Player Edition pilihan lebih garang untuk peminat Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dilancarkan hampir sebulan lepas dalam warna biru dan ungu, hari ini honor Malaysia mengumumkan edisi khas untuk honor Play, Player Edition. Ia bukanlah naik taraf perkakas dalaman, tetapi hanyalah warna khas yang menjadikan ia kelihatan lebih garang.

honor Play Player Edition datang dalam badan berwarna hitam, dengan hiasan belakang ala litar elektronik. Tetapi bukan ini sahaja kelebihannya. Dengan setiap pembelian honor Play Player Edition, pembeli akan turut menerima alat kawalan Ipega 9087, pelekat PUBG serta kotak edisi terhad.



Telefon pintar honor Play Player Edition akan mula dijual di Malaysia pada 7 September 2018, dengan harga Rm50 lebih tinggi dari edisi biasa, iaitu RM1,299. Ia akan dijual di kedai honor terpilih di seluruh Malaysia, serta hanya di Stor honor di Shopee dan laman web rasmi honor Malaysia sahaja untuk pembelian dalam talian.

Semua spesifikasi honor Play Player Edition adalah sama dengan edisi biasa. Ia dilengkapi kuasa pemproses Kirin 970 bersama GPU Turbo, RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB. Kameranya dwi-lensa di belakang, 16MP+2mp bersama kamera hadapan 16MP.



Skrin honor Play seluas 6.3-inci dengan paparan FullView Display, bersama bateri sebesar 3,750mAh. Ia datang bersama pengecas pantas Huawei QuickCharge 9V2A.

Sedikit sebanyak, honor Play membawakan definisi baru untuk telefon pintar gaming dengan bajet rendah. Untuk mengenali dengan lebih lanjut, baca reviu kami tentang honor Play di sini.

Tags: honorhonor malaysiahonor Playhonor Play Player Edition
Najib

Najib

POPULAR

honor Play Player Edition pilihan lebih garang untuk peminat Malaysia

honor Play Player Edition pilihan lebih garang untuk peminat Malaysia

3 September 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN