• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DIY Sebuah Telefon Pintar Dengan Projek ZeroPhone

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:25 pm
  • 04/09/2018
  • Komen
DIY Sebuah Telefon Pintar Dengan Projek ZeroPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Konsep telefon modular bukanlah perkara baru. Kita ada Project Ara, Motomods, dan LG G5 yang cuba untuk mengetengahkan konsep ini tetapi gagal. Tapi ada satu projek telefon modular yang berjalan sejak 2017 dan mendaki perlahan-lahan mengikut rentak sendiri. Itulah projek ZeroPhone.

Ia mampu berdiri sendiri kerana ia adalah projek sumber terbuka yang tidak berasaskan keuntungan serta tidak menerima tekanan daripada stakeholder berkaitan kebolehpasarannya.



Secara asasnya, ZeroPhone adalah sebuah telefon berasaskan Raspberry Pi Zero yang menggunakan komponen-kompnen elektronik sedia ada terjual dalam pasaran. Malah, anda boleh membinanya secara DIY daripada senarai komponen yang disediakan dan kosnya sekitar USD 50 (RM206).

Uniknya telefon ini adalah pada versatilitinya. Oleh sebab ia sumber terbuka, anda boleh melakukan apa saja pada sistem operasinya yang berasaskan bahasa atur cara Phyton.



Bukan itu saja, pada ZeroPhone, anda menerima ciri-ciri seperti:

  • Wi-Fi,
  • Bluetooth,
  • mini-HDMI,
  • paparan OLED 1.3″.

Tahap kemodularannya tak terhenti di situ, anda boleh beli modul-modul seperti GPS, kamera, dan sebagainya untuk disuaikan dengan telefon.

ZeroPhone amat sesuai dijadikan projek akhir tahun untuk pelajar-pelajar jurusan berkaitan sains komputer.

[Sumber: ZeroPhone]

Tags: diyphytonprojek diyraspberry piraspberry pi zero
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

DIY Sebuah Telefon Pintar Dengan Projek ZeroPhone

DIY Sebuah Telefon Pintar Dengan Projek ZeroPhone

4 September 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN