• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Internet 4G tanpa had di unifi mobile hanya RM55 sempena Hari Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 13/09/2018
  • Komen
Internet 4G tanpa had di unifi mobile hanya RM55 sempena Hari Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda berminat untuk mendapatkan internet berkelajuan tinggi tanpa had dengan harga paling murah, maka tawaran terbaru unifi mobile ini harus anda teliti. Bersempena sambutan Hari Malaysia pada bulan September ini, unifi mobile menawarkan internet 4G tanpa had pada harga hanya RM55 sebulan.

Tawaran ini terbuka untuk langganan add-on sehingga 30 September 2018. Tetapi perlu diingatkan, ia hanya memberikan internet tanpa had bagi rangkaian 4G sahaja. Jika bersambung ke rangkaian 3G, ia tidak akan dikira di bawah internet tanpa had, tetapi di bawah kuota 3G anda, itupun jika anda. Internet 4G tanpa had ini juga hanya aktif selama 30 hari selepas tarikh pembelian.



Kalau anda masih tidak memiliki kad sim unifi mobile, usah khuatir. Anda boleh mendaftarnya secara percuma menerusi aplikasi mobile@unifi yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Selepas mendaftar, anda boleh memilih untuk mengambil sendiri kad sim secara percuma di mana-macam TM Point, atau membayar RM10 untuk ia dihantar terus ke rumah atau pejabat anda.

TM masih menjalankan promosi data percuma untuk pendaftaran baru unifi mobile. Pada awal pelancarannya, TM memberikan 20GB data 4G percuma tetapi kini mereka memberikan hanya 2GB sahaja. Tetapi ia masih berbaloi memandangkan kreditnya tak akan mati. Tambahan lagi, dengan hanya RM55 bulan ini, anda boleh mendapatkan internet 4G tanpa had selama 30 hari.



Dengan kredit tak mati unifi mobile, anda boleh membeli kuota internet bila-bila masa kerana ia tiada tempoh tamat. TM juga menyediakan pelan BEBAS di mana ia menawarkan internet tanpa had untuk waktu terhad. Jadi sebagai pengguna, anda boleh memilih untuk menggunakan kredit tak mati atau internet BEBAS tanpa had.

Selepas tawaran Hari Malaysia ini tamat, anda masih boleh terus melanggan internet 4G tanpa had ini menerusi pelan BEBAS Weekly. Hanya RM20 sahaja dan anda boleh menikmati internet 4G tanpa had selama 7 hari. Jika sebulan ada 4 minggu, maka anda perlu membayar RM80 sahaja untuk internet 4G tanpa had. Masih agak berbaloi kan, jika kawasan anda dalam liputan 4G unifi mobile.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web unifi mobile.

Tags: Internet tanpa hadUnifi mobileunlimited internet
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Internet 4G tanpa had di unifi mobile hanya RM55 sempena Hari Malaysia

Internet 4G tanpa had di unifi mobile hanya RM55 sempena Hari Malaysia

13 September 2018
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER