Vivo V11 Diperkenalkan Di Malaysia Dan Janjikan Selfie Sempurna Setiap Masa

Vivo Malaysia hari ini membawa masuk telefon siri V terbaru mereka, V11 dan V11i dalam satu acara gilang-gemilang yang dihadiri selebriti terkenal seperti:

  • Siti Nurhaliza
  • Janna Nick
  • Alvin Chong

Pada sudut spesifikasi, ia boleh diletakkan dalam kategori kelas pertengahan seperti vivo v9. Pada bahagian belakang telefon ini, ia menggunakan kemasan plastik yang unik. Tanpa memegangnya, pasti anda ingatkan ia adalah kaca.

Mukanya dilapisi panel paparan 6.41″ Super AMOLED pada rasolusi FHD.

Beralih pada bahagian pengimejan, vivo V11 diperkasa dwikamera belakang 12MP dan 5MP manakala keperluan swafoto anda akan dipenuhi kamera 25MP. Turut membantu telefon ini hasilkan selfie sempurna setiap masa adalah teknologi AI.

Uniknya telefon ini berbanding telefon lain yang sekelas dengannya adalah pada kehadiran pengimbas cap jari tertanam di dalam paparan. Ia membolehkan skrin nirbingkai digunakan serta mengekalkan kekemasan panel belakang yang tak perlu ditebuk untuk menepatkan pengimbas cap jari.

Selain cap jari, membuka kunci telefon turut boleh dilakukan secara imbasan wajah.

Lain-lain ciri teknikal telefon ini adalah seperti berikut:

  • CPU Snapdragon 660
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB
  • Slot khas mikro-SD
  • Bateri 3.400 dengan pengecasan pantas

Vivo V11i pula adalah telefon kedua yang diumumkan bersama V11 dan ia diperkasa komponen tak kurang hebatnya. Rupanya mirip V11 kecuali pada beberapa bahagian. Ia miliki paparan sedikit kecil berbanding v11 iaitu 6.3″ tapi masih miliki resolusi FHD.

Telefon ini tiada pengimbas cap jari terbina dalam paparan, sebaliknya menggunakan pengimbas capjari fizikal yang terletak di belakang peranti. Pengimbas wajah turut boleh diguna sebagai data biometrik.

V11 diperkasa CPU Mediatek Helio P60 yang bertemankan RAM 4GB serta storan seluas 128GB.

BACA  Asus ZenBook Pro 15 Kemudi Dunia Laptop Ke Tanah Baru

Pada jabatan kamera, V11i menggunakan konfiguradi dwikamera belakang 16MP+5MP dan kamera depan 25MP. V11i mengambil tenaga daripada sekeping bateri berkapasiti 3.315mAh serta ada teknologi pengecasan pantas.

V11 dan V11i akan mula dijual seawal 15 September ini di semua pengedar-pengedar sah vivo diseluruh negara pada harga seperti berikut:

  • vivo V11 – RM1,699
  • vivo v11i – RM1,299

Spesifikasi vivo V11

Paparan6.41"
FHD
PemprosesSnapdragon 660
RAM6GB
Storan128GB
slot mikro-SD khas
Sistem OperasiFuntouch OS 4.5
Android 8.1
Kamera belakang12MP
5MP
Kemera depan25MP
Bateri3,400mAh

Spesifikasi vivo V11i

Paparan6.3"
FHD
PemprosesHelio P60
RAM4GB
Storan128GB
Sistem OperasiFuntouch OS 4.5
Android 8.1
Kamera belakang16MP
5MP
Kemera depan25MP
Bateri3,315mAh