• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

BIG Xchange dilancarkan di BIG Fest bersama tawaran tiket AirAsia RM1

  • OLEH Najib
  • 8:23 pm
  • 14/09/2018
  • Komen
BIG Xchange dilancarkan di BIG Fest bersama tawaran tiket AirAsia RM1
Share on FacebookShare on Twitter

Kini semua orang boleh terbang dengan AirAsia. Dengan program ganjaran kesetiaan AirAsia BIG, orang ramai boleh mengumpul mata dan menebusnya untuk tambang yang lebih murah. AirAsia kini mahu orang ramai untuk mendapatkan mata ganjaran BIG dengan lebih mudah melalui program BIG Xchange.

Platform BIG Xchange memudahkan pemegang keahlian AirAsia BIG untuk menukar Mata Ganjaran BIG dan mata ganjaran daripada rakan niaga terpilih dengan mudah dan segera. Bermula dari 25 September 2018, ahli BIG boleh menghubungkan akaun BIG mereka dengan rakan niaga yang mengambil bahagian melalui BIG Xchange, yang tersedia di aplikasi mudah alih AirAsia BIG Loyalty.



Rakan niaga pertama yang terlibat dalam BIG XChange ini ialah Citibank Malaysia. Ia tidak tamat di sini sahaja kerana lebih banyak rakan niaga lain yang akan turut serta dalam platform BIG Xchange.

Sempena pelancaran BIG Xchange, pemegang kad kredit Citibank yang menukar mata ganjara Citi ke mata ganjaran BIG, akan menerima bonus mata tambahan sebanyak 50%. Promosi ini berjalan dari 25 September hingga 10 Oktober 2018. Selepas itu, mereka akan menerima bonus 30% mata tambahan sehingga akhir tahun ini. Tambahan lagi, mereka yang mendaftarkan kad kredit Citibank ke dalam platform BIG Xchange akan menerima 200 mata ganjaran BIG, untuk setiap kad yang Citibank yang didaftarkan.



BIG Fest starts today! Come join us for cool activities, fun and games, and seats to amazing destinations from RM1!

Queue starts from 12PM on 14 Sept and 10AM on 15-17 Sept. See you there!

Posted by AirAsia BIG on Thursday, 13 September 2018

Bagi meraikan pelancaran BIG Xchange, AirAsia BIG membuka jerayawara di Quill City Mall, Kuala Lumpur dari 14 hingga 17 September 2018. Pengunjung berpeluang mendapatkan promosi istimewa dari rakan niaga BIG yang terlibat.

Paling menarik, AirAsia menyediakan penerbangan ke destinasi terpilih pada kadar RM1 sahaja. Sebanyak 100 tiket penerbangan RM1 disediakan setiap hari, bermula dari pukul 10 pagi. Siapa cepat, dia yang dapat. Maklumat lanjut tentang tiket penerbangan RM1 ini boleh dirujuk di laman web BIG Fest.

#WeAre20MilBIG! In celebration of this BIG milestone, just do what you do best – earn, redeem & convert to win your share of 20 MILLION BIG POINTS! Find out all the details here: http://ow.ly/ULR830lETnl

Posted by AirAsia BIG on Sunday, 2 September 2018

AirAsia BIG Loyalty juga telah mencapai 20 juta ahli. Untuk meraikannya, BIG Loyalty menawarkan sejumlah 20 juta Mata Ganjaran BIG untuk ahli yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018 menerusi kempen #WeAre20MilBIG.

Ahli BIG yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh ini berpeluang untuk memenangi 20,000 Mata Ganjaran BIG setiap minggu, serta hadiah utama berupa 200,000 Mata Ganjaran BIG pada akhir bulan ketiga. Ahli BIG yang menukar Mata Ganjaran BIG terbanyak daripada kad kredit atau rakan niaga yang mengambil bahagian juga berpeluang untuk memenangi 50,000 Mata Ganjaran BIG semasa kempen ini.  Maklumat lanjut boleh didapati di laman web AirAsia .

Tags: AirAsiaairasia bigBIG FestBIG Xchange
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
BIG Xchange dilancarkan di BIG Fest bersama tawaran tiket AirAsia RM1

BIG Xchange dilancarkan di BIG Fest bersama tawaran tiket AirAsia RM1

14 September 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER